Pasar pagi, pasar terbuka, pasar malam, bazaria di Selangor dibuka mulai Isnin - MB



SHAH ALAM: Pasar pagi, pasar terbuka, pasar malam dan bazaria di Selangor akan beroperasi secara berperingkat bermula Isnin ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) kekal menjadi rujukan dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan pengoperasian kesemua jenis pasar terbabit namun akan disesuaikan serta diselaras oleh pihak berkuasa tempatan mengikut piawaian strategik di kawasan masing-masing.

Katanya, kelas muzik dan kelas seni turut dibenarkan beroperasi selain aktiviti pendakian dalam satu kumpulan tidak melebihi tiga orang namun perlu mematuhi jarakan sosial.

"Sebarang bentuk aktiviti di Selangor mencakupi sektor ekonomi, sosial dan rekreasi perlu mematuhi SOP yang digariskan MKN.

"Kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk menutup premis atau kawasan yang berisiko sekiranya SOP gagal dipatuhi sepenuhnya oleh mana-mana pihak," menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata kerajaan negeri turut mengingatkan semua pihak untuk mengimbas kod QR aplikasi SELangkah atau 'Langkah Masuk Dengan Selamat' sebelum memasuki mana-mana premis selain memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan.

-- BERNAMA
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post