Parlimen Digital terima lebih 5,000 permohonan



KUALA LUMPUR, 13 Jun -- Parlimen Digital yang dianjurkan tiga badan belia termasuk Challenger Malaysia dan Liga Rakyat Demokratik kini menerima 5,775 pemohon seluruh negara, untuk menyertai persidangan Parlimen dalam talian yang pertama akan diadakan pada 4-5 Julai ini.

Sekretariat Parlimen Digital Alicia Nicholle berkata, daripada jumlah permohonan itu, 1,327 pemohonan adalah bagi perwakilan, 2,742 menamakan calon sebagai perwakilan dan 1,706 sebagai pemerhati.

“Permohonan ini dibuka kepada belia berusia 15 hingga 35 tahun dan kita dapati 63.1 peratus adalah pelajar dengan 320 mereka berumur bawah 18 tahun.

“Sementara dari segi etnik 68 peratus adalah Melayu, 10.2 peratus Cina, 8.2 peratus India dan 13.6 peratus adalah lain-lain kategori,” katanya pada sidang media dalam talian hari ini.

Alicia berharap lebih ramai wanita memohon untuk menyertai persidangan itu sekurang-kurangnya 30 peratus, memandangkan kini hanya 19 peratus permohonan adalah daripada golongan itu.

Ketua Teknikal Parlimen Digital Eshaan Menon pula berharap persidangan dua hari itu akan menghasilkan sebuah dokumen dan tatacara perjalanan Parlimen secara dalam talian, untuk diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri, Pejabat Speaker Dewan Rakyat, Pejabat Speaker Dewan Negara dan semua ketua parti politik untuk diperhalusi.

“Antara objektif kami adalah untuk menggalakkan Parlimen Malaysia meneruskan persidangan secara dalam talian walaupun keadaan semasa negara yang dilanda wabak COVID-19,” katanya.

-- BERNAMA
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post