Lakukan gencatan politik, fokus pulih semula ekonomi rakyat


1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyambut baik pengumuman 40 inisiatif dan insentif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) kelmarin yang bersifat menyeluruh dan mencakupi semua pihak termasuklah golongan pekerja, perusahaan kecil dan sederhana, belia dan rakyat biasa di pelbagai peringkat.

2. Walaupun terpaksa menghadapi serangan, tohmahan, dan kegilaan politik sesetengah pemimpin serta parti politik yang cuba mengganggu gugat kestabilan pentadbiran, wujudnya pelan PENJANA ini adalah bukti kesungguhan dan komitmen Kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara dan mengembalikan kesejahteraan rakyat.

3. Sememangnya tempoh 3 hingga 6 bulan akan datang adalah saat paling getir buat rakyat untuk kembali menyesuaikan diri dalam kehidupan yang kian mencabar lantaran kegawatan ekonomi semasa pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Pandemik Covid-19.

4. Bagi merealisasikan agenda pemulihan ekonomi rakyat ini, Pemuda UMNO menyarankan agar ahli-ahli politik tidak kira daripada gabungan parti-parti politik dalam Kerajaan mahupun pembangkang dapat segera melakukan gencatan politik buat seketika.

5. Penggembelengan usaha ke arah membela nasib rakyat yang kian resah dan susah harus menjadi keutamaan ketika ini berbanding perkiraan untung rugi perpolitikan jangka pendek dan perebutan kuasa berterusan yang hanya akan memudaratkan rakyat dan negara jangka panjang.

6. Kami Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menggerakkan seluruh jentera di 191 Bahagian bagi memantau pelaksanaan PENJANA dan memberikan maklumbalas dari semasa ke semasa kepada pihak Kerajaan bagi memastikan segala objektif pemulihan ekonomi negara mampu direalisasikan!

***Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

6 Jun 2020
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post