NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: PKPB semakin terbuka SOP masih ketat


Dalam situasi hari ini, 6 Jun menyaksikan Dunia mengalami penularan Wabak COVId-19 berjumlah 6,885,694 kes dengan kematian berjumlah 399,013 kes. Sementara di benua Asia pula berjumlah 1,31,245 kes dengankematian berjumlah 34,016 kes – Malaysia pula berjumlah 8,303 kes dengan kematian berjumlah 117 kes – Kerajaan kita menerusi keputusan hari ini telah memutuskan kelonggaran arahan PKPB dengan SOP diperketatkan.


Sementara situasi data Wabak COVID-19 pula berlaku turun naik sebagaimana graf di atas.

Dalam hal sebegini, phak kerajaan Pasar Malam mulai dibenarkan beroperasi pada 15 Jun dengan SOP diperketat. Antaranya jalan masuk dan keluar berbeza dan satu hala. catatan suhu, sekiranya tidak patuh oerniagaan akan ditutup.

Kemudian, sesuatu yang ditunggu-tunggu dengan idea pro dan kontra adalah melibatkan operasi kedai gunting rambut. Ia meliabtkan seramai 74,500 pekerja dan menyumbang kepada KDNK sebanyak RM13.5 billion setahun. Keputusan Kerajaan kita telah membenarkan operasi dengan SOP dipeketat bermula 10 Jun.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, 6 Jun 2020 telah memaklumkan bahawa terdapat 25 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,635 kes (­­­­­79.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).


Hari ini, terdapat 37 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,303 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,551 kes.

Memperinckan sejumlah 37 kes baharu yang dilaporkan, 8 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 29 kes penularan di dalam negara, 19 kes adalah bukan warganegara dan 10 kes adalah dalam kalangan Warganegara Malaysia.

Berikutnya daripada 1,551 kes yang sedang dirawat seramai lima (5) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber daripada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 117 kes (1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):
Kes kematian ke-117 (kes ke-2,296) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 79 tahun. Beliau merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 ke-1,508, dengan bergejala pada 18 Mac 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 26 Mac 2020 dan disahkan kembali ke rahmatullah pada 5 Jun 2020 jam 2.05 petang.

Kita mendoakan, semoga Allah mengganjari pahala bertaraf syahid kepada mangsa COVID-19 yang meninggal dunia. Sementara bagi kita semua, semoga Allah membentengi daripada jangkitan Wabak COVID-19 ini. Ins sya Allah.

Wassalam.

Sumber: https://greencrescent-wanibrah.blogspot.com/2020/06/covid-19-pkpb-semakin-terbuka-sop-masih.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo