Konsesi Balak: Musa Aman bebas 46 pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram


KUALA LUMPUR, 9 Jun -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman atas 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah yang dihadapinya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid memberitahu mahkamah pihak pendakwaan menarik balik semua pertuduhan dalam kedua-dua kes (rasuah dan pengubahan wang haram) yang dihadapi Musa.

Peguam Francis Ng Aik Guan, yang mewakili Musa berkata kes itu perlu ada pengakhiran dan oleh itu pihaknya memohon kepada mahkamah memberi keputusan yang wajar iaitu dengan melepas dan membebaskan anak guamnya kerana dibimbangi tertuduh akan didakwa semula.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin kemudiannya melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada semua tuduhan itu.

“Tertuduh dilepas dan dibebaskan. Wang jaminan dipulangkan semula kepada penjamin dan tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini dilapangkan,” kata hakim itu.
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post