Search Results Web results Malaysia umum status tunai haji, solat Jumaat Khamis ini


PUTRAJAYA, 9 Jun -- Keputusan sama ada Malaysia akan menghantar jemaah haji untuk mengerjakan ibadah itu pada tahun ini akan diumumkan Khamis ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zukifli Mohamad Al-Bakri.

Turut akan diumumkan pada Khamis ini adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) berkenaan keluasan dan kapasiti bagi solat jemaah dan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), katanya.

“Satu kenyataan rasmi akan kita kemukakan selewat-lewatntnya Khamis ini untuk menjawab sebarang bentuk persoalan tentang solat Jumaat dan solat jemaah," katanya dalam sidang media bersempena Pembentangan Kad Laporan Mei 2020, di sini hari ini.

Beberapa negara seperti Indonesia dan Singapura sebelum ini dilaporkan memutuskan untuk tidak menghantar jemaahnya menunaikan haji bagi tahun ini dengan alasan kesihatan dan keselamatan berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum pulih.

Zulkifli berkata Malaysia akan mengadakan perbincangan khusus dan rasmi dengan pelbagai pihak berautoriti berhubung dasar yang akan diputuskan termasuk berkaitan status tunai haji dan solat Jumaat dan berjemaah.

-- BERNAMA

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post