COVID-19: Realiti menuju kemenangan, kembali satu digit


Alhamdulillah, Negara sedang menuju kemenangan di dalam inisiatif mengekang penularan Wabak COVID-19. Realiti kes baharu yang disahkan oleh KKM pada 19 Jun pada satu digit, enam (6) kes amat menyenangkan hati rakyat Malaysia.


Pada 18 Jun, dilaporkan 14 kes baharu dengan keseluruhan kes sebanyak 8,529 kes, dan pada 19 Jun enam (6) kes baharu menjadikan keseluruhan kes sebanyak 8,535 kes. Sementara kes dirawatpulih sebanyak 70 menjadikan kumulatif jumlah yang telah sembuh dan discaj dari wad hosptal seramai 8,070 atau mencapai 95.55% prestasi sembuh. Hasil daripada kes baharu yang rendah (6 kes) dan jumlah dirawatpulih lebih besar (70 orang), maka baki lagi yang sedang dirawat di wad ialah 344 pesakit. Jumlah ini sudah dianggap kecil berbanding sebelum ini seramai 408 pesakit. Justeru jumlah kemungkinan kebolehjangkita COVID-19 ialah 344 kes dengan hanya 3 orang dirawat di ICU. Sekaligus kemugkinan tiada kematian memandangkan tiada pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan.


Senario paling penting daripada perkembangan data harian (19 Jun) ialah jumlah kes baharu yang kembali kepada satu digit. Ia mengulangi rekod pada 10 Jun (hari pertama PKPP) dan 14 Jun yang meletakkan suatu nilai kegembiraan dan kelegaan untuk kita semua merasai senario pemulihan dan kemenangan di atas inisiatf yang dilakukan Kerajaan kita semenjak daripada awal Mac sehungga ke hari ini.

Kesemua ini boleh kita sifatkan sebagai suatu rahmat dari berkat pelaksanaan SOP tempoh PKPP yang melibatkan solat di masjid hampir seluruh Smenanjung Malaysia. Kebenaran bersolat di masjid sudah tentu kita semua dapat kembali mengimarahkan Masjid menerusi kebenaran Solat Jumaat dan Solat Berjemaah setiap hari. AlhamdulilLah.

WalLahu'alam.

Sumber: https://greencrescent-wanibrah.blogspot.com/2020/06/covid-19_20.html
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post