COVID-19: Global 10 ribu kes hanya 4 jam

Hakikatnya serata dunia sedang merasai penularan Wabak COVID-19 yang kini sedang melanda di 115 buah negara yang merekodkan 1,000 kes ke atas. Agak ketara, serata negara sedang merebak dan rekod Worldometers.info hari ini (2 Jun) mencatakan lebih 10 ribu kes baharu dalam masa tak sampai empat (4) jam.

Grafik di atas menunjukkan rekod Wabak COVID-19 di dunia hari ini pada jam sekitar 10.37 pagi berlaku 6,393,861 kes. Kemudian pada jam sekitar 2.09 petang berlaku kenaikan kes kepada 6,404,833 iaitu bertambah sebanyak 10,952 kes baharu. Kesannya didapati berlaku pertambahan terhadap active cases yang kini melebihi 3 juta pesakit.

Sementara negara yang paling terkesan Wabak COVID-19 masih kekal Amerika Syarikat dengan jumlah 1.86 juta, diikuti Brazil 529 ribu dan Rusia tempat ketiga dengan jumlah 424 ribu. Amat malang lagi bagi Amerika Syarikat apabila hari ini bukan sahaja berhadapan dengan kegerunan Wabak COVID-19, malah turut berhadapan dengan rusuhan rakyat berikutan berlaku kematian seorang Black American, George Floyd, 46 tahun yang dikaitkan dengan layanan keras pihak polis.

Apapun kita bersyukur, dengan situasi di Negara kita yang menunjukkan kemajuan positif di dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.

Hari ini (2 Jun), pesakit yang yang dirawatpulih ialah 66 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dirawatpulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,470 kes (82.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah lebih dua kali ganda bilangan kes baharu yang dilaporkan berjumlah 20 kes baharu. Pertambahan ini telah meningkatkan keseluruhan kes (kes positif) COVID-19 adalah sebanyak 7,877 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,292 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 20 kes baharu yang dilaporkan, 15 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 5 kes penularan di dalam negara, tiga (3) kes adalah bukan warganegara dan dua (2) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, seramai enam (6) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Kini tinggal seminggu lagi tempoh PKPB akan tamat pada 9 Jun, maka kita meletakkan keyakinan gelagat sosial masyarakat kita akan terus berkomitmen untuk bersama-sama memutuskan rantaian Wabak COVID-19. Oleh itu, kita hendaklah bersama-sama bersikap dengan norma baharu dengan mengutamakan sikap disiplin tinggi terhadap isu-isu kesihatan dan kebersihan.

Bersama kita berdoa, agar Wabak COVID-19 yang menjadi kegerunan kita akan tamat segera, dengan izin Allah jua.
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post