Tun Dr Mahathir pembelit, tidak boleh dipercayai



Bila ditanya oleh wartawan mengenai keputusan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU pada 23 Februari 2020, ini jawapan Tun Dr Mahathir pada 1 Mac 2020, “Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, di sebalik rayuan saya supaya ia tidak membuat apa-apa keputusan, tetapi akhirnya BERSATU buat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.”, dan ini jawapan Datuk Marzuki Yahya sendiri pada 24 Februari 2020, “Dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi juga kita telah bersetuju untuk keluar daripada Pakatan Harapan, inilah keputusan parti dan kita akur dengan keputusan parti”.

Tetapi sekarang ada tak Tun Dr Mahathir atau Datuk Marzuki Yahya berpegang kepada pengakuan awal mereka bahawa mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU pada 23 Februari 2020 memang memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Harapan?

Bila ditanya oleh wartawan mengenai pencalonan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri oleh BERSATU, ini jawapan Tun Dr Mahathir pada 27 Februari 2020, “Jika semua orang memilih beliau, saya ok… Jika beliau menang, beliau pergi ke Parlimen dan beliau diberikan majoriti penuh maka beliau berhak untuk menjadi Perdana Menteri dan Agong boleh melantik beliau… Siapa sahaja yang menang saya akan terima lantikan sebagai Perdana Menteri.”), dan ini jawapan Tun Dr Mahathir pada 29 Februari 2020, “Saya meninggalkan mesyuarat awal untuk membolehkan satu perbahasan terbuka antara ahli-ahli Dewan Rakyat BERSATU untuk memilih sesiapa sahaja yang sesuai bagi jawatan Perdana Menteri.”

Tetapi sekarang ada tak Tun Dr Mahathir berpegang kepada pengakuan awal beliau bahawa beliau membenar dan menerima pencalonan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri oleh BERSATU?

Bila ditanya oleh wartawan mengenai sama ada beliau akan mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong melantik Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, ini jawapan Tun Dr Mahathir pada 12 Mac 2020, “Yang tu terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong lah, saya tak nak kacau, apa dia nak putus dia putuslah.”

Tetapi sekarang ada tak Tun Dr Mahathir menunaikan janji beliau untuk tidak mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong melantik Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri?

Bila ditanya oleh wartawan mengenai sama ada beliau akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin, ini jawapan Tun Dr Mahathir pada 12 Mac 2020, “Saya percaya pada masa itu Muhyiddin ada majoriti dalam Parlimen. Kalau ada majoriti tak guna kita adakan satu usaha untuk menjatuhkan Muhyiddin. Kita tak ada majoriti nak buat vote of no confidence pun tak boleh.”

Tetapi sekarang ada tak Tun Dr Mahathir menunaikan janji beliau untuk tidak mengemukakan undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin?

Bila ditanya oleh wartawan mengenai sama ada beliau akan menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin dari jawatan sebagai Perdana Menteri, ini jawapan Tun Dr Mahathir pada 12 Mac 2020, “Saya nak tengoklah dia punya pendekatan. Apakah orang yang dihadapkan ke mahkamah sanggup pergi jel sedangkan Muhyiddin jadi PM? Kalau mereka sanggup, ok.”

Tetapi sekarang ada tak Tun Dr Mahathir menunaikan janji beliau untuk tidak menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin dari jawatan sebagai Perdana Menteri jika Tan Sri Muhyiddin tidak menggunakan kuasa beliau untuk menghentikan atau mempengaruhi perjalanan kes mahkamah?

Bila ditanya oleh wartawan mengenai sama ada BERSATU boleh bermesyuarat dan memecat beliau, ini jawapan Tun Dr Mahathir pada 1 Mac 2020, “Terpulang kepada parti untuk sama ada bermesyuarat dan memecat saya sebagai pengerusi yang berkemungkinan untuk berlaku kerana majoriti ahli-ahli BERSATU menolak saya sebagai pengerusi mereka. Mereka tentunya boleh bermesyuarat dan memecat saya.”

Tetapi sekarang ada tak Tun Dr Mahathir dan pengikut beliau berpegang kepada pengakuan awal mereka bahawa BERSATU boleh bermesyuarat dan memecat beliau?

Bila ditanya oleh wartawan mengenai cita-cita beliau sekarang, ini jawapan Tun Dr Mahathir pada 1 Mac 2020, “saya berasa nak retire jugak, dah tua meleleh dah, nak berhenti dah”, dan ini jawapan Tun Dr Mahathir pada 12 Mac 2020, “Saya hendak rehatlah, saya hendak rehat.”

Tetapi sekarang ada tak Tun Dr Mahathir menunaikan janji beliau untuk berhenti atau berehat?

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post