Siapa kerajaan pintu belakang?


oleh:  Musli Oli

Kerajaan yang terbentuk bukan melalui proses pilihanraya boleh dipanggil kerajaan 'pintu belakang'. Keadaan seperti ini pernah berlaku dalam sistem demokrasi besar seperti Amerika Syarikat bila kerajaan boleh bertukar melalui proses impeachment. Pada tahun 1868 Presiden Andrew Johnson, Bill Clinton pada 1998 dan Donald Trump pada 2019. Impeachment berlaku bila anggota House of Representatives dengan simple majoriti boleh mengusul terhadap Presiden negara itu. Andrew Johnson, Bill Clinton dan Trump bagaimanapun tidak meletak jawatan kerana Dewan Senate gagal mendapat sokongan undi dua pertiga. Seorang lagi Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon bagaimanapun menunggu keputusan Senate dan meletakkan jawatan sebaik sahaja proses impeachment telah bermula. Untuk makluman Nixon dipertanggungjawap dalam skandal Watergate.

Tidak semua pertukaran ketua kerajaan (Perdana Menteri/ Presiden) dianggap pertukaran kerajaan jika parti politik yang sama yang dipilih rakyat dalam pilihanraya masih membentuk kerajaan. Pada pilihanraya 2010 kerajaan campuran Conservative - Liberal Democrat terbentuk di United Kingdom setelah menang pilihanraya. David Cameron dari parti Conservative dilantik Perdana Menteri Britian. Pada 2016 Cameron bagaimanapun meletak jawatan setelah majoriti rakyat UK menyokong Brexit iaitu keluar dari European Union. Beliau diganti Theresa May juga dari party Conservative. Theresa kemudian diganti Boris Johnson pada July 2019. Boris Johnson juga mewakili party Conservative. Pertukaran PM Britian itu tidak dianggap pertukaran kerajaan kerana PM masih ketuai parti Conservative.

Apa yang berlaku di UK tidak dianggap pertukaran kerajaan pintu belakang kerana pertukaran PM berlaku setelah perletakan jawatan. Begitu juga dengan perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia. Tun Mahathir juga meletak jawatan. Biasanya seorang PM baru dari parti PH yang dipilih rakyat pada pilihanraya umum 2018 akan dilantik menjadi PM yang baru menggantikan tempat Tun Mahathir. Akan tetapi itu tidak berlaku kerana setelah Tun Mahathir meletak jawatan, parti yang diketuainya PPBM telah mengumum keluar daripada PH. Kerajaan campuran PH secara otomatik telah hilang majoriti. YDPA telah pilih seorang PM baru daripada sebuah kerajaan campuran baru yang menggabungkan dua parti pembangkang, UMNO dan PAS dengan PPBM. Kerajaan campuran baru itu dipanggil Kerajaan PN.

Kerajaan PN tidak dianggap kerajaan pintu belakang kerana ketua kerajaan parti yang menang pada pilihanraya telah meletak jawatan! Bagaimana di Sabah, kerajaan negeri bertukar kepada kerajaan baru walaupun KM Sabah yang telah dilantik setelah menang dalam pilihanraya negeri pada May 2018 tidak meletakkan jawatan. Kerajaan Sabah bertukar tangan setelah perlantikan Tan Sri Musa Aman dibatalkan oleh TYT Yang Di Pertuan Negeri. Seorang Ketua Menteri Sabah baru kemudian dilantik. Situasi yang sama berlaku pada 1994 bila parti PBS yang menang pilihanraya negeri telah hilang kerajaan bila beberapa ADUN parti itu keluar menyertai parti lawan.

Bagaimanapun situasi pada tahun 1994 dengan 2018 terdapat sedikit perbezaan. Tan Sri Pairin Kitingan yang dilantik KM Sabah pada 1994 telah meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan KM kepada Tun Sakaran Dandai. Sebaliknya pada 2018, Tan Sri Musa Aman tidak meletakkan jawatan dan kes itu dibawa ke mahkamah kerana dia yakin perlantikannya masih sah. Mana satu kerajaan pintu belakang?

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213972075895799&id=1827240132
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post