NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Laut China Selatan dalam pertikaian

Sejak seminggu yang lalu takkala riuh-rendah dunia membicarakan tentang harga minyak jatuh di paras negatif, lain pula yg berlaku di Laut Cina Selatan.

Takkala bnyk syarikat minyak yg menyewa kapal-kapal tangki yg bersepah di perairan dunia yg digunakan sebagai "floating storage" utk menyimpan minyak namun tiada siapa yg mahukan minyak mentah itu.

Biasanya Selat Melaka dan Laut China Selatan begitu sibuk dgn kapal dagang termasuk kapal-kapal tangki minyak melaluinya, namun kekecohan berlaku antara kapal penyelidikan China, Haiyang Dizhi 8 (ęµ·ę“‹åœ°č“Ø八号) yang menghampiri kapal ekplorasi minyak kendalian Petronas, West Capella telah menghangat pertikaian di Laut China Selatan.

Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri telah menghantar bantahan kepada China. Ini kerana Petronas yg sedang menjalankan kajian eksplorasi minyak di lima blok lapangan minyak adalah berada dalam zon ekonomi eksklusif Malaysia.

Ia berhampiran dgn kawasan pertindihan yg dituntut bersama oleh Malaysia, Vietnam dan China. Sebelum ini China telahpun meluaskan penguasaan maritimnya dgn membina struktur ketenteraan di kepulauan Spartly yg dituntut juga oleh Filipina.

Selain ia menjadi laluan laut yg strategik, kawasan laut ini dipenuhi dgn pelbagai khazanah terutamanya ikan yg menjadi rebutan setiap negara. Manakala di perut buminya tersimpan pelbagai jenis galian khususnya minyak dan gas.

Dengan isu ini telah mengundang kedatangan beberapa buah kapal frigate US dan Australian utk menyemakkan lagi ketegangan ini.

Malah US telah menuduh China melakukan provokasi ketika dunia sedang menghadapi pandemik Covid-19.

Bagi Malaysia, ia mahukan China menghormati United Nation Convention on the law of the sea (UNCLOS) 1982. namun sehingga ini China tidak mengiktiraf convention ini.

Sumber:https://www.facebook.com/hisemudin/videos/2907852819283787/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo