Intipati Utama Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 10 Mei 2020


1. Malaysia di tangga keempat daripada 105 negara dalam hasil kajian tahap kepuasan rakyat terhadap langkah Kerajaan tangani COVID-19. Terima kasih kepada semua barisan hadapan dan rakyat.

2. Hanya 4 kawasan masih berstatus Zon Merah bukti arahan PKP dan PKPB dipatuhi rakyat.

3. Kita masih belum selamat sepenuhnya. COVID-19 adalah musuh senyap dan boleh menyerang pada bila-bila masa.

4. Proses hasilkan vaksin akan mengambil masa 12 hingga 18 bulan. Ujian klinikal sedang giat dijalankn di makmal-makmal untuk hasilkan vaksin.

5. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disambung 4 minggu lagi, tempohnya sehingga 9 Jun 2020.

6. Perjalanan rentas negeri untuk Hari Raya, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tidak dibenarkan. Setiap anggota masyarakat perlu terus amalkan penjarakan sosial.

7. Elak duduk rapat di antara satu sama lain ketika sambutan perayaan. Ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang dalam satu-satu masa, tetapi tidak perlu buat jamuan besar/ rumah terbuka. Saranan berterusan KKM perlu diamalkan.

8. Pasangan suami isteri yang tinggal di negeri berasingan kerana faktor kerja akan diberi kelonggaran untuk membuat perjalanan rentas negeri bertemu keluarga. Permohonan boleh dibuat melalui applikasi Gerak Malaysia atau di balai polis yang berhampiran.

9. Kebenaran untuk Solat Jumaat dan Solat Berjamaah di Masjid dan Surau akan dilaksanakan setelah SOP dimuktamadkan dan diperkenan oleh YDP Agong dan Majlis Raja-raja selaku Ketua Agama Islam. Demikian juga SOP untuk rumah ibadat bukan Islam akan dimuktamadkan.

10. Perdana Menteri mengambil maklum keluhan permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang tidak diluluskan atas pelbagai sebab. Bagi yang tidak diluluskan, Kementerian Kewangan bersetuju tempoh rayuan dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020.

11. Rayuan BPN yang memenuhi syarat boleh diluluskan. 10.6 juta penerima BPN setakat hari ini.

12. Beberapa minggu akan datang adalah tempoh kritikal bagi negara. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) perlu dilaksanakan jika terdapat peningkatan kes yang ketara.

13. Selamat menyambut Ramadan A-Mubarak, Ramadan Kariim! Selamat menyambut Hari Ibu kepada semua Ibu di Malaysia.

Dicatat Oleh;
Muhtar Suhaili As-Sarawaki,
Rumah Hijau, Miri, Sarawak. 🏡

https://www.facebook.com/100009760117468/posts/1183078132027513/?d=n
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post