NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Covid 19 dan undi tidak percaya PM


oleh: MFY

1. Akhbar melaporkan bahawa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof menerima usul Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

2. Menurut Mohamad Ariff, usul tersebut diterima di bawah Perkara 27 (3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan akan dibincangkan dalam Parlimen pada 18 Mei nanti.

3. Jika usul ini berjaya sampai peringkat undian, ia merupakan satu bentuk ujian ke atas keyakinan Ahli Parlimen terhadap PM. Jika usul ini gagal bermakna, TS Muhyiddin mendapat keyakinan majoriti anggota dewan, sekaligus menunjukkan kerajaan PH dahulu sememangnya telah hilang sokongan majoriti.

4. Jika usul undi tidak percaya ini berjaya, maka jelas bahawa TS Muhyiddin tidak mendapat sokongan majoriti anggota dewan. Beliau boleh menasihati YDPA untuk membubarkan Parlimen bagi memberikan laluan PRU ke-15.

5. Pilihan lain yang TS Muhyiddin ada ialah meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada YDPA melantik Perdana Menteri baharu. Soalnya siapa PM baharu yang nak dicadangkan oleh PH? Tun Dr. M atau DS Anwar? Adakah sudah ada konsensus? Jika belum ada, episod percaturan politik yang berlaku beberapa bulan lepas akan kembali berulang.

6. Negara dan dunia sedang berperang dengan Covid-19. Orang politik Malaysia sibuk mencatur kuasa. Bersediakan Malaysia untuk PRU dalam masa terdekat ini?


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo