NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Benarkah Melayu malas dan gagal?


MELAYU MALAS DAN GAGAL?

- Saya melabur dan berniaga. Modal saya berniaga, dikumpulkan hasil melabur lebih 20 bijik rumah waktu krisis ekonomi 2009. Jual rumah 3 bijik untung lebih RM500,000 tak sampai 3 tahun, dan itulah modal yang saya gunakan untuk mulakan FAR Capital. Sambil kerja, sambil melabur malah ada bisnes kecil. Malaskah saya?

- Waktu saya melabur tu, saya ada kerja full time. Petang, malam dan weekend saya buat property siap ada unit sublet. Pergi kerja naik motor. Malaskah saya?

- Saya pernah cuba minta geran RM500,000, SUPERB utk bantu usahawan Bumiputra, kena reject. Waktu saya present final, yang jadi pengadil siap boleh tidur, walaupun presentation saya tak sampai 5 minit. Jadi sampai hari satu sen pun bantuan kerajaan pun saya tak pernah dapat. Hari ni revenue syarikat-syarikat saya lebih 8-angka. Klien kami pelbagai bangsa. Saya ni gagalkah?

- Saya ada staff dan partner berbilang bangsa. Tak pernah terfikir nak beri rasuah. Tak perlu pun sebab produk kami bagus dan cukup untuk bersaing. Tak pernah dapat kontrak kerajaan. Buat kerja free lagi ada la. Gagal dan malaskah saya?

- Berkali-kali bisnes saya disailang dan ditiru oleh pesaing bumiputera dan lebih ramai business bukan bumiputera. Saya dalam bidang property, dan majoriti player 99% adalah bukan bumiputera. Kena tiru itu normal. Kena fitnah macam-macam dah lali. Kitorang jalan terus. Kalau benar saya gagal dan malas, kenapa mereka tiru kami? Kenapa perlu fitnah kami supaya bisnes kami jatuh?

- Kerajaan lama lambat kekang pelancong asing ke Malaysia, hingga beratus kes Corona. kat Malaysia. Tukar kerajaan terus masuk PKP sebab no choice inherit problem dari kerajaan lama. Semenjak PKP dan PKPB, saya belum berjaya tidur sebelum jam 4am setiap hari sebab nak pastikan business boleh survive, dan staff saya dan keluarga mereka tak hilang periuk nasi. Gagal dan malaskah saya?

- Saya mula beli rumah zaman Tun AB. Berniaga dan terus melabur waktu zaman DS Najib, rezeki ada economi dan property bull run zaman DS Najib. Tun kembali jadi PM dan LGE jadi FM dan ekonomi kita tak kemana. Tak kira zaman Tun Badawi, DS Najib, Tun dan even LGE yang canang Malaysia nak bankrup, saya masih survive. BN, PH, DAP semua sama je bagi saya, dan tak pernah saya merungut. Masih boleh buat duit dan berniaga. Malas dan gagalkah saya?

Tun, buka mata besar besar dan lihatlah sendiri berapa ramai orang Melayu yang beriktiar. Majoriti yang buat Grab, food panda delivery adalah orang Melayu. Ramai je budak muda melayu yang buat REN, insurans, unit trust, bisnes kecil lepas kerja jual brownie, mangga. puding etc. Hari ini saya ada ramai klien Melayu yang siap boleh ada rumah lebih dari 10-20 bijik, dan mereka semua kerja keras. Mereka belajar byk ilmu baru sebab nak ubah nasib. Bukan semua melayu malas. Bukan semua melayu gagal.

Ramai je Melayu yang bagus, kerja kuat, tak makan rasuah, tak harapkan kerajaan, dan tak masuk penjara. Mereka ni 1st generation baru nak berjinak, bukan datang dari keluarga berniaga dan pelabur. Kita patut puji dan galakkan mereka, dan bukan label mereka malas dan gagal semata-mata sebab mereka tak sefahaman politik dgn Tun.

Kerajaan lama ada 22 bulan untuk buat banyak perubahan, tapi apa yang perubahan yang kita dapat? Hutang bertambah walaupun kita rembat duit berpuluh billion dari Petronas, aset Khazanah kena jual. Pelaburan asing berkurangan sebab kita gaduh dgn banyak negara lain, investor lari jauh jauh sebab MOF cakap kita bakal bankrup dan tak habis habis berebut kuasa. Dan duit revenue makin sikit sebab kita tukar GST ke SST. Rule of law ke laut jugak. There were sooooo many bad decisions were made for 22 bulan waktu PH jadi kerajaan, dan last-last melayu juga lagi kena salahkan sebagai malas, gagal, pemberi rasuah dan masuk penjara.


You were my hero growing up, and my parent idolizes you. But after working and investing sooo hard, i feel sooo sad and betrayed, sebab masih hari ni kena label pemalas dan gagal. What you say ada impak besar, Tun. Sebab people still follow you, dan percaya everything you said. So bila Tun sendiri cakap orang melayu malas, berniaga gagal, makan rasuah, apa yang orang lain fikir bila jumpa peniaga melayu macam saya? Mereka akan cakap jgn berniaga dgn org melayu sebab mereka tak reti berniaga, sentiasa gagal, dan pemakan rasuah. Apa yang org lain akan fikir sebelum mereka ambil pekerja melayu?

Mungkin benar apa yang mereka cakap. You either die a hero, or you live long enough to see yourself become the villain.
.
#SayaMelayu
#SayaTakMalas
#SayaTakGagal
#GalakanLebihElokDariMenghina
#WhyOnlyHighlightTheBad

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo