NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terhipnotis


oleh: Dr. FJ

Jangan hanya kerana mereka menggunakan sentimen agama dan kita terhipnotis hingga membuka seluas-luasnya pintu perairan negara buat mereka. Sedangkan negara kita punya undang-undang. Sekiranya hal ini berterusan dibiarkan jadi apa dengan negara kita?

Undang-undang perairan negara kita digubal untuk dipatuhi bukan dicerobohi. Negara punya kedaulatan yang harus dijunjung dan ini adalah Rukun Negara keempat Kedaulatan Undang-undang dan teraplikasi ke atas semua warganegara Malaysia.

Ketika saya menyebut warganegara bukan bermakna kamu yang bukan warganegara tidak tertakluk dengan perundangan yang digunapakai kerana ketika kamu menceroboh perairan kami dan kamu tertangkap beerti kamu tertakluk dengan perundangan negara ini.

Bersyukurlah ketika kamu ditangkap masih ada segaris kemanusiaan dihulurkan. Saya yakin sekiranya kamu menceroboh perairan negara lain mungkin peluru yang dihidangkan bukan nasi bungkus. Ya saya tahu sebahagian golongan agamawan yang idealis seperti Ustaz Nek Lah dan pengikutnya (bukan nama sebenar) akan marah dengan tulisan saya.

Saya ada solusi yang sederhana buat Ustaz Nek Lah(juga bukan nama sebenar). Supaya tidak membebankan negara apa kata Ustaz Nek Lah bawa balik 200 orang yang datang tersebut ke rumah ustaz.

Berikan mereka perlindungan dan tempat tinggal. Apa ustaz sanggup? Saya bertanya kali kedua apa ustaz sanggup? Dan saya bertanya kali ketiga apa ustaz sanggup? Dan jawapan yang akan ustaz berikan tidak semudah untuk ustaz beristeri dua saya yakin itu.

Dan sekiranya ada ke sanggupanpun ustaz juga harus ingat sebagai warganegara Malaysia ustaz turut tertakluk dengan perundangan negara. Memberi perlindungan kepada pihak yang menceroboh perairan negara adalah satu kesalahan besar. Ustaz juga tidak punya imuniti dari sudut perundangan sama seperti warganegara Malaysia yang lain.

Ini idealnya la. Tapi ketika ada pemimpin politik, anak-anak pemimpin politik yang melanggar PKP tidak disumbat ke dalam lokap hanya diambil keterangan ini sedangkan marhaen tanpa soal bicara harus berhadapan dengan hukuman ini ini dilihat dari sudut perlaksanaan perundangan yang kadangkala terpilih-pilih.

Maksudnya di sini idealnya begitu tetapi praktiknya begini. Secara “de jure” (prinsip)begini sedang secara “de facto”(praktik)begitu. Istilah “de jure” dan “de facto” digunakan sebagai ganti "dalam prinsip" dan "dalam amalan", semasa menerangkan kondisi politik.

Sekiranya nak ulas tentang “de jure” dan “de facto” ni harus ada kuliah khusus ya. Ini berkait dengan persoalan integriti apabila undang-undang yang digubal tetapi perlaksanaannya terpilih-pilih berdasarkan “case by case”.
Padahal yang idealnya tiada pihak yang punya imuniti dalam perundangan sesebuah negara sama ada warganegara atau warganegara jadi-jadian apatah lagi yang bukan warganegara. Ok tu jew Mami nak kabo.

Nota: Keterangan gambar:
Perempuan dalam gambar adalah
warganegara Malaysia pemilik Kad
Pengenalan Biru bukan warganegara
jadi-jadian apatah lagi pendatang
tanpa izin

(Dr. FJ, PP, 28 April 2020)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo