NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tangani Isu Rohingya Secara Realistik


Disediakan oleh :
Ustaz Dr Muhamad Zuhaili bin Dr Hj Saiman

▪️Isu Kemanusiaan Adalah Fokus Utama

Isu berkaitan pembelaan terhadap pelarian etnik Rohingya terus berpanjangan dan seharia dua ini kembali heboh di media sosial ditambah pula dengan komen netizen berikutan beberapa isu yang terpalit sama yang melibatkan segelintir etnik Rohingya yang tidak disenangi. Dalam situasi yang bercelaru ini, kita wajar memerhatikan beberapa aspek agar penilaian kita dalam isu ini tidak melencong dengan isu cabang yang menempel.

Pembelaan ke atas pelarian etnik Rohingya ini bukanlah perkara baharu ini. Bermula 2017 lebih 100 ribu etnik Rohingya yang berlindung di Malaysia. Ini menunjukkan bagaimana sikap negara Malaysia yang prihatin dan terbuka menerima pelarian etnik ini yang tiada pilihan untuk duduk di negara mereka sendiri, Myanmar.

Sebagai umat Islam dan memiliki kuasa pemerintahan sebuah negara, sikap kita ialah membantu orang susah yang datang meminta bantuan. Ini dapat dilihat pengajaran umum, sekalipun orang musyrikin yang datang minta bantuan pun disuruh kita membantu apatah lagi kalangan sesama Islam yang merupakan saudara seakidah.

Firman Allah SWT :

ŁˆَŲ„ِŁ†ۡ Ų£َŲ­َŲÆࣱ Ł…ِّŁ†َ Ł±Ł„ۡŁ…ُŲ“ۡŲ±ِŁƒِŪŒŁ†َ Ł±Ų³ۡŲŖَŲ¬َŲ§Ų±َŁƒَ ŁَŲ£َŲ¬ِŲ±ۡŁ‡ُ Ų­َŲŖَّŁ‰ٰ ŪŒَŲ³ۡŁ…َŲ¹َ ŁƒَŁ„َŁ€ٰŁ…َ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų«ُŁ…َّ Ų£َŲØۡŁ„ِŲŗۡŁ‡ُ Ł…َŲ£ۡŁ…َŁ†َŁ‡ُŪ„ۚ Ų°َ ٰ⁠Ł„ِŁƒَ ŲØِŲ£َŁ†َّŁ‡ُŁ…ۡ Ł‚َŁˆۡŁ…ࣱ Ł„َّŲ§ ŪŒَŲ¹ۡŁ„َŁ…ُŁˆŁ†َ

Maksudnya :
Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). - [Surah At-Tawbah 6]

Justeru, dalam isu pembelaan etnik Rohingya ini fokus utama kita ialah isu kemanusiaan. Perbezaan sikap, perangai dan tingkah laku pastinya wujud apatah lagi kita dan mereka berbeza :

1. Corak pendidikan.
2. Suasana negara tempat tinggal.
3. Gelagat budaya ekoran keunikan etnik dan kaum.
4. Uruf kebiasaan sepanjang pembesaran kehidupan.

Lantaran itu, kita perlu memberikan fokus utamanya iaitu pembelaan atas isu kemanusiaan yang mereka dinafikan hak kewarganegaraan malah "dibaham" oleh penganut Buddha yang ektrim dan dibiarkan oleh kerajaan Myanmar tanpa dipedulikan nasib mereka.

▪️ASEAN dan PBB Mesti Berperanan Sama

Isu kemanusiaan etnik Rohingya adalah isu global yang mesti diberhatikan serius oleh seluruh dunia terutamanya ASEAN dan juga PBB bagi mendesak serta mengenakan tindakan tegas ke atas kerajaan Myanmmar dalam isu pengiktirafan warganegara etnik Rohingya bagi menyelesaikan isu pelarian yang tidak berkesudahan sejak dahulu.

Tidak patut hanya Malaysia sahaja diberi tekanan dalam mengusahakan pelan bantuan dalam keadaan kemampuan Malaysia yang terhad ditambah lagi musim COVID-19 yang lebih mengundang kembimbangan umum kalangan netizen. Bukanlah bermaksud Malaysia berlepas tangan namun mengusahakan pelan pembelaan yang bersifat jangka panjang dan lebih meluas dengan peranan optimum kalangan ASEAN adalah sangat wajar dititik beratkan.

Minda solusi yang diharapkan ialah tidak sekadar Malaysia dan hanya beberapa negara menjadi transit perlindungan dan realistiknya bagi sesebuah negara pastinya ada undang-undang dalam kawalan dan sekatan pendatang luar dalam menjamin keamanan dan sosial serta ekonomi.

Isu pelarian Rohingya kembali menjadi perbincangan umum selepas pihak berkuasa pada 16 April lalu menghalang bot yang membawa pelarian Rohingya daripada memasuki perairan negara lantas mengundang maklum balas bercampur-campur masyarakat dan NGO. Ia berikutan tempoh PKP yang sedang berlangsung ini sememangnya lebih ketat dari kemasukan warga asing ke dalam negara bagi mengelakkan risiko berhubung pandemik COVID-19 di samping isu kawalan keselamatan lain yang berkaitan.

Sehubungan itu, ASEAN perlu mewujudkan satu model yang
berkesan dengan saling bekerjasama dalam menangani isu ini dalam menyediakan pelan tindakan untuk
menyelamatkan etnik Rohingya secara menyeluruh bagi melindungi nyawa, mengenalpasti keberadaan
semasa mereka, mendapatkan statistik tepat jumlah mereka di negara transit untuk diukur kemampuan had bilangan yang mampu ditanggung sebagai tempat perlindungan.

PBB serta Negara-negara luar yang lain turut juga digesa mencontohi keberanian negara Gambia yang disifatkan dengan berani sekalipun merupakan sebuah negara kecil apabila memfailkan kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Myanmar atas kekejaman mereka ke atas etnik Rohingya. Tekanan dari negara-negara luar ke atas negara Myanmar penting bagi memberikan tekanan agar kerajaan Myanmar memberikan kerjasama sepenuhnya dalam isu ini kerana berpunca dari sana.

▪️Netizen Jangan Cepat Melatah

Setiap pengguna media sosial mestilah waspada dalam menerima sesuatu berita yang mengundang huru hara. Berita palsu sengaja dicetuskan adalah bertujuan sesuatu oleh pencipta berita itu. Malahan kadangkala terdapat juga berita yang tular adalah terkait dengan sentimen emosi yang digambar lebih besar dari gambaran yang asal.

Ini dapat dilihat apabila isu pembelaan etnik Rohingya kerana fokus kemanusiaan kini diracuni dengan emosi kebencian ke atas sikap dan gelagat etnik Rohingya yang tidak disenangi seperti wujudnya penipuan, tahap kebersihan yang mengecewekan serta beberapa lagi isu sikap yang lain. Sedangkan ia isu segelintir atau sebahagian bukannya mewakili kesemuanya.

Sudah pasti ia perlu ditangani dengan mendidik kerana "keberadaan" mereka di negara yang mereka merasa selamat adalah bagaikan "syurga" sedangkan di negara Myanmar mereka bagaimana hamba seksaan yang tidak terperi. Sikap mereka sudah pasti berbeza dan perlu dididik untuk lebih baik dan disesuaikan dengan penerimaan setempat. Namun ia segelintir atau sebahagian bukannya majoriti atau keseluruhan mereka bersikap demikian. Jangan hanya kerana isu berkait ini, kita terus melaupai fokus kemanusiaan sebelum ini merupakan niat mulia.

Apatah lagi, dalam isu beberapa tuntutan yang tular mengenai mahukan hak sama rata adalah berita palsu. Ini disahkan oleh Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) Zafar Ahmad Abdul Ghani pada hari Sabtu, 24 April yang menafikan tuduhan bahawa beliau menuntut hak kerakyatan penuh untuk pelarian Rohingya dan menuntut hak sama rata dengan rakyat Malaysia seperti yang tular di media sosial.

Hati-hati berita palsu dan juga berita yang dipolemikkan yang boleh mengakibatkan kesan negatif dalam kehidupan kita selaku umat Islam. Selidiki dan usah cepath melatah dengan menghukum secara pukal ke atas semua etnik Rohingya dalam sesuatu isu serpihan.

Firman Allah SWT :

Ų„ِŲ°ۡ ŲŖَŁ„َŁ‚َّŁˆۡŁ†َŁ‡ُŪ„ ŲØِŲ£َŁ„ۡŲ³ِŁ†َŲŖِŁƒُŁ…ۡ ŁˆَŲŖَŁ‚ُŁˆŁ„ُŁˆŁ†َ ŲØِŲ£َŁۡŁˆَŲ§Ł‡ِŁƒُŁ… Ł…َّŲ§ Ł„َŪŒۡŲ³َ Ł„َŁƒُŁ… ŲØِŁ‡ِŪ¦ Ų¹ِŁ„ۡŁ…ࣱ ŁˆَŲŖَŲ­ۡŲ³َŲØُŁˆŁ†َŁ‡ُŪ„ Ł‡َŪŒِّŁ†ࣰŲ§ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ Ų¹ِŁ†ŲÆَ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų¹َŲøِŪŒŁ…ࣱ

Maksudnya :
Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. - [Surah An-Nur 15]

▪️Waspada Polemik Yang Tercetus Demi Menutup Isu Lain

Trend sesuatu isu di media sosial yang bangkit kadang kala tidak boleh difahami secara satu lapis. Ada perkara yang perlu dilihat pada sudut yang berbeza di mana sesuatu polemik sengaja dicetuskan bagi menutup sesuatu isu yang lain.

Kebimbangan inilah yang menjadikan perlunya kita membaca berita atau isu dengan tidak cepat melatah atau menghukum. Apatah lagi jika dilayan secara berlanjutan secara membawa kebaikan hasil perbincangan yang tuntas.

Lantaran itu, dalam membincangkan jika isu keselamatan yang melibatkan warga asing ditambah lagi musim PKP ini kita perlulah mestilah secara keseluruhan. Ini tidak adil jika hanya etnik Rohingya sahaja yang menjadi polemik sedangkan atas dasar kemanusiaan wajarnya dibantu lebih-lebih lagi la talian persaudaraan seakidah.

Sedangkan pendatang asing dalam Malaysia pada masa ini secara rasminya mencatatkan sejumlah 6.7 juta warga asing. Daripada jumlah itu pula, sebanyak 4 juta daripadanya adalah PATI (pendatang asing tanpa izin) menyusup masuk, tidak balik, tanpa dokumen, namun tidaklah menjadi berita yang tular dan heboh.

Bukanlah bermaksud membela pelarian etnik Rohingya secara semberono dengan menyalahkan pihak berkuasa menghalang kemasukan namun menegur sikap kita dalam membaca sesuatu berita yang menjadi trend dan heboh di media sosial tanpa pertimbangan yang adil.

▪️ Bersikap Realistik Dan Berusaha Menekankan Secara Terus Kerajaan Myanmar

Isu pelarian Rohingya adalah antara isu serantau yang tidak mendapat perhatian baik dari banyak negara jiran. Dalam membantu isu ini secara realistik dan kemampuan yang terhad, Malaysia boleh berperanan dengan lebih agresif dalam melobi dan menggerakkan ASEAN bagi :

1. Mendapatkan persetujuan dan kerjasama serius bersama untuk membantu isu pelarian ini.

2. Mendesak dan memberikan tekanan ke atas negara Myanmar untuk bertanggungjawab dan jangan berlepas diri.

3. Melancarkan tabung kebajikan khas isu ini dengan segera di peringkat ASEAN bagi membantu sumbangan bekalan makanan khususnya kepada pelarian Myanmar yang masih tiada tempat perlindungan dan yang terputus bekalan.

Dalam masa yang sama, bagi isu yang terkait sikap yang tidak senonoh oleh segelintir etnik Rohingya yang sudah berada di Malaysia serta beberapa pihak yang suka ambil kesempatan ini, wajar pihak berkuasa menanganinya dengan baik dalam usaha mendidik dan mencegah dari kekalutan yang sedia ada agar tidak menjadi barah di kemudian hari.

Manfaatkan Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) sebagai wasilah dalam kemaskini data dan jariangan antara entnik Rohingya agar adanya program berkala yang bersifat pendidik dan pemulihan bagi hal-hal yang jelas tidak menyenangkan berdasarkan aduan-aduan semasa yang diterima.

Tidak ada satu kaum yang sempurna. Setiap kelemahan yang wujud mesti ditangani dan diselesaikan dengan baik mengikut lunas peruntukan perundangan yang sedia ada serta secara berhikmah.

.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo