KEPUTUSAN mengadakan Dewan Rakyat selama sehari diputuskan dalam mesyuarat Kabinet sebelum ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu dicapai selepas mendapat nasihat daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
"Itu kena tanya KKM sebab pengesahan daripada pihak mereka. Keputusan ini (sidang Dewan Rakyat) dibuat oleh Kabinet terdiri daripada Menteri Kesihatan.
"Jadi kena tanya Menteri Kesihatan," katanya selepas mewakili Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyampaikan sumbangan dua juta sarung tangan perubatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.
Turut hadir, Dr Adham dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Takiyuddin berkata, KKM dipertanggungjawabkan untuk menangani penularan Covid-19 dan segala saranan KKM adalah berdasarkan kepada situasi terkini wabak berkenaan.
"Kita putuskan (sesuatu perkara) berdasarkan kepada senario terkini. Sebagai contoh dalam isu Covid-19, menteri yang mempunyai kuasa ialah Menteri Kesihatan. Jadi semua aktiviti kerajaan mesti berdasarkan kepada saranan Menteri Kesihatan," katanya.
Sebelum ini veteran DAP, Lim Kit Siang meminta KKM untuk menjelaskan sama ada keputusan mengadakan sidang Dewan Rakyat selama sehari itu dibuat atas perintah atau nasihat kementerian terbabit.
Beliau dilaporkan mempersoalkan sama ada KKM menasihatkan supaya tidak mengadakan mesyuarat di Parlimen, termasuk sidang Parlimen dan mesyuarat jawatankuasa pilihan secara maya (atas talian) bagi mengamalkan langkah dilaksanakan kerajaan dalam menangani Covid-19.
Kit Siang turut bertanya sama ada cadangan persidangan satu hari pada 18 Mei itu hanya untuk mematuhi syarat dalam perlembagaan bahawa Parlimen mesti bersidang setiap enam bulan sekali.
Sebelum ini, Takiyuddin dilaporkan berkata kerajaan memutuskan persidangan Dewan Rakyat diputuskan pada 18 Mei ini selepas mengambil kira keselamatan semua pihak yang terbabit.
Menurutnya, kerajaan membuat keputusan mengenai persidangan itu berdasarkan perkembangan semasa, khususnya dalam mengawal dan menamatkan ancaman wabak Covid-19 serta langkah segera dan penting bagi membantu rakyat menangani kesan jangka pendeknya.
Pengasas Urimai P Ramasamy berkata, tugas utama partinya adalah memberikan ‘pengajaran yang menyakitkan kepada kerajaan Madani pimpinan PH’....
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment