#Rohingya : Bantu atau Bantai?


Sempena Hari Buku & Hak Cipta Sedunia (23 April 2020) saya ingin kongsikan buku ringan ini. #Rohingya : Bantu atau Bantai. Tulisan aktivis dan pimpinan ABIM termasuk guru-guru sekolah Rohingya (REC) yang dikelola oleh Abim Pusat & Global Peace Mission (GPM) Malaysia. Saya ingin berkongsi jawapan salah faham segelintir masyarakat tentang Rohingya dalam komen di media sosial.

1) "Betulkah Rohingya ditindas? Kawan aku orang Myanmar kata orang Rohingya ni yang mengada nak hidup mewah"

Jawapan : Penindasan etnik Muslim Rohingya ini telah berlaku sejak lebih berpuluh tahun dahulu oleh Junta tentera Myanmar. Malah penindasan ini secara jelas telah diakui oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bertarikh 23 Januari 2020 menerusi 'Provisional Measures' mengiktiraf etnik Rohingya sebagai etnik tertindas yang dinafikan hak untuk memperoleh keadilan. Dalam penghakiman itu juga, ICJ mewajibkan Myanmar menghentikan diskriminasi dan penindasan terhadap etnik Muslim Rohingya yang akan membawa kepada jenayah penghapusan etnik.

2) "Orang Rohingya ni pengotor takde tamadun.. siapa nak buat bini"

Pertama sekali tidak adil kita samaratakan semua etnik itu dengan satu perangai hanya kerana ada tindak tanduk sebahagian mereka yang tidak menyenangkan. Sama lah apabila bangsa lain menghukum kata orang Melayu ini pemalas, hanya nak hidup senang tak nak usaha. Kita pun akan marah.

Kedua perlu diketahui mereka ini ditindas dari generasi ke generasi dan penindasan ini termasuklah tidak dibenarkan mendapat pendidikan. Cuba bayangkan seorang dari kecil hidup dalam dunia pelarian tidak pernah bersekolah dan berinteraksi dengan masyarakat secara kebiasaaan maka sudah pasti ia mempengaruhi cara pergaulan dan kehidupan mereka.

Maka sebab itulah ABIM usahakan dengan menubuhkan sekolah Rohingya Education Centre (REC) sebagai asas mereka mendapat pendidikan serta belajar bertatasusila dengan masyarakat kita dengan baik.

3) "Menagapa NGO macam ABIM sibuk nak iktiraf Rohingya sebagai warganegara Malaysia?"

ABIM tidak pernah perjuangkan hak kewarganegaraan mereka untuk menjadi warga Malaysia. Malah kita pernah bawa tanda pagar #Citizenship4Rohingya adalah dengan mendesak kerajaan Myanmar mengiktiraf hak kewarganegaraan etnik Rohingya sebagai warganegara Myanmar yang sah.

Sekolah-sekolah Rohingya yang didirikan ABIM di Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain adalah sebagai asas untuk mereka mendapat pendidikan seterusnya melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi dan akhirnya berbakti membangunkan negera asal mereka. Ia sama dengan objektif sekolah pelarian Syria dan Bosnia yang ditubuhkan ABIM.

4) "Waktu Covid19 ini semua orang susah.. ABIM jangan menyebuk suruh terima kapal Rohingya tu"

Isu besar adalah 400 orang Islam di atas kepal tersebut sudah lebih dua bulan kebulur tiada sumber makanan, dan sudah 32 orang dari mereka telah mati kelaparan. Mereka ini juga terdiri dari bayi, anak kecil, orang tua, ibu mengandung. Betul semua orang susah tetapi dalam isu kemanusiaan ini apa lagi melibatkan saudara Muslim, satu tentu membantu 400 orang ini adalah di tahap yang sangat dharuri (darurat). Membantu mereka bukanlah dengan terus memberi kerakyatan tetapi membantu pada tahap ala kadar ikut kemampuan agar mereka boleh terus hidup kerana ini adalah tuntutan agama.

Memberi tidak mengurang. Allah tidak akan memiskinkan hambanya kerana menghulur bantuan kepada saudaranya. Kini mereka sedang merintis menangis kepada Allah kerana kita sebagai makhluk yang menumpang muka bumi Allah ini sombong tidak fahami apa itu hak muslim ke atas muslim yang lain.

5) "Ada je persatuan Rohingya yang tak betul, menipu, tuntut macam-macam"

Betul. Sebab itu kami sarankan bantuan harus diberikan melalui saluran yang betul sama ada
melalui NGO seperti ABIM atau badan-badan Rohingya yang diperakui rekod baik oleh kerajaan.

Sumber: https://www.facebook.com/muhammad.f.aziz.148/posts/10222999807203153
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post