PPUiTM sasar 200 sampel untuk ujian pengesanan COVID-19


KUALA LUMPUR: Pusat Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (PPUiTM) akan meningkat kapasiti makmal ujian sampel saringan dan pengesanan COVID-19 kepada 200 sampel sehari, bermula esok.

Pakar Perunding Patologi (Microbiologi Perubatan) PPUiTM, yang juga ketua pasukan mengendalikan makmal COVID-19, Prof Dr Ariza Adnan, berkata pihaknya telah menjalankan ujian 100 sampel sehari sejak makmal itu mula beroperasi pada 3 April lalu.

"Seramai 30 petugas termasuk pensyarah, pegawai sains dan ahli teknologi makmal perubatan sedang bekerja dalam dua syif iaitu dari jam 8 pagi hingga 6 petang dan 2 petang hingga 8 malam," katanya kepada pemberita di Institut Bioteknologi Perubatan Molekul (IMMB), PPUiTM, di Sungai Buloh, dekat sini, semalam.

Usaha itu adalah untuk meningkatkan kapasiti ujian sampel itu bagi membantu serta meringankan bebanan kerja Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani wabak penyakit itu.

Mac lepas, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan, berkata kapasiti makmal KKM yang terbabit dalam menjalankan ujian pengesanan COVID-19 diperluaskan dengan bantuan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

KPT serta MOSTI telah menyediakan 10 makmal diagnostik tambahan di institusi pengajian tinggi, hospital pengajar universiti (HPU), termasuk satu makmal bergerak yang boleh dihantar ke kawasan lokasi panas.

-- BERNAMA
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post