NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pakej ransangan rohani terbaik semasa PKP


oleh:Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
1 April 2020.

Ramai gembira dengan pengumuman kerajaan berkaitan pakej ransangan ekonomi bagi membantu rakyat yang dilanda kesusahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebenarnya semasa PKP kita turut mendapat pakej ransangan rohani terbaik iaitu membaca al-Quran.

Oleh itu, ambillah peluang kawalan pergerakan ini untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran. Jika ada pelaburan yang mampu memberi pulangan terbaik, pastinya ia adalah bacaan al-Quran. Lafaz Basmalah sahaja sudah menjamin 19 pahala bersesuaian dengan jumlah hurufnya. Bayangkan berapa pula pahala seluruh huruf al-Quran yang kita baca?

Ų¹َŲØْŲÆَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŲØْŁ†َ Ł…َŲ³ْŲ¹ُŁˆŲÆٍ ŁŠَŁ‚ُŁˆŁ„ُ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ł…َŁ†ْ Ł‚َŲ±َŲ£َ Ų­َŲ±ْŁًŲ§ Ł…ِŁ†ْ ŁƒِŲŖَŲ§ŲØِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁَŁ„َŁ‡ُ ŲØِŁ‡ِ Ų­َŲ³َŁ†َŲ©ٌ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ­َŲ³َŁ†َŲ©ُ ŲØِŲ¹َŲ“ْŲ±ِ Ų£َŁ…ْŲ«َŲ§Ł„ِŁ‡َŲ§ Ł„َŲ§ Ų£َŁ‚ُŁˆŁ„ُ Ų§Ł„Ł… Ų­َŲ±ْŁٌ ŁˆَŁ„َŁƒِŁ†ْ Ų£َŁ„ِŁٌ Ų­َŲ±ْŁٌ ŁˆَŁ„َŲ§Ł…ٌ Ų­َŲ±ْŁٌ ŁˆَŁ…ِŁŠŁ…ٌ Ų­َŲ±ْŁٌ

Ertinya: “Siapa yang membaca satu huruf al-Quran maka baginya pahala satu kebaikan dan setiap satu kebaikan itu (digandakan ganjarannya) bersamaan dengan 10 kali ganda. Tidak aku katakan ALIF-LAM-MIM itu satu huruf, tetapi ALIF itu (dikira) satu huruf, LAM (dikira) satu huruf dan MIM (dikira) satu huruf” (Sunan al-Tirmidhi).

Pakej ransangan al-Quran turut memberi kemungkinan darjat dalam syurga diangkat berdasarkan jumlah ayat yang biasa kita baca semasa di dunia:

Ų¹َŁ†ْ Ų¹َŲØْŲÆِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŲØْŁ†ِ Ų¹َŁ…ْŲ±ٍŁˆ Ų¹َŁ†ْ Ų§Ł„Ł†َّŲØِŁŠِّ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ł‚َŲ§Ł„َ ŁŠُŁ‚َŲ§Ł„ُ Ł„ِŲµَŲ§Ų­ِŲØِ Ų§Ł„ْŁ‚ُŲ±ْŲ¢Ł†ِ Ų§Ł‚ْŲ±َŲ£ْ ŁˆَŲ§Ų±ْŲŖَŁ‚ِ ŁˆَŲ±َŲŖِّŁ„ْ ŁƒَŁ…َŲ§ ŁƒُŁ†ْŲŖَ ŲŖُŲ±َŲŖِّŁ„ُ ŁِŁŠ Ų§Ł„ŲÆُّŁ†ْŁŠَŲ§ ŁَŲ„ِŁ†َّ Ł…َŁ†ْŲ²ِŁ„َŲŖَŁƒَ Ų¹ِŁ†ْŲÆَ Ų¢Ų®ِŲ±ِ Ų¢ŁŠَŲ©ٍ ŲŖَŁ‚ْŲ±َŲ£ُ ŲØِŁ‡َŲ§

Ertinya: “(Setelah hamba masuk ke syurga), dikatakan kepada orang yang sentiasa membaca serta mengamalkan isi kandungan al-Quran; baca, naiklah darjatmu (dalam syurga) dan bacalah dengan tenang sebagaimana kamu selalu membacanya di dunia dahulu. Kerana kedudukanmu (dalam syurga ini) berada pada ayat terakhir yang kami baca (di dunia dahulu)” (Sunan al-Tirmidhi).

Bagaimana dan berapa banyak jumlah bacaan al-Quran harian Rasulullah SAW? Ia tiada nass jelas tapi ayuh kita ikuti kisah ini yang menunjukkan baginda SAW dan para sahabat ada jadual mereka tersendiri:

Ų£َŁˆْŲ³ِ ŲØْŁ†ِ Ų­ُŲ°َŁŠْŁَŲ©َ Ł‚َŲ§Ł„َ ŁƒُŁ†ْŲŖُ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŁˆَŁْŲÆِ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų£َŲŖَŁˆْŲ§ Ų§Ł„Ł†َّŲØِŁŠَّ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ų£َŲ³ْŁ„َŁ…ُŁˆŲ§ Ł…ِŁ†ْ Ų«َŁ‚ِŁŠŁٍ Ł…ِŁ†ْ ŲØَŁ†ِŁŠ Ł…َŲ§Ł„ِŁƒٍ Ų£َŁ†ْŲ²َŁ„َŁ†َŲ§ ŁِŁŠ Ł‚ُŲØَّŲ©ٍ Ł„َŁ‡ُ ŁَŁƒَŲ§Ł†َ ŁŠَŲ®ْŲŖَŁ„ِŁُ Ų„ِŁ„َŁŠْŁ†َŲ§ ŲØَŁŠْŁ†َ ŲØُŁŠُŁˆŲŖِŁ‡ِ ŁˆَŲØَŁŠْŁ†َ Ų§Ł„ْŁ…َŲ³ْŲ¬ِŲÆِ ŁَŲ„ِŲ°َŲ§ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„ْŲ¹ِŲ“َŲ§Ų”َ Ų§Ł„ْŲ¢Ų®ِŲ±َŲ©َ Ų§Ł†ْŲµَŲ±َŁَ Ų„ِŁ„َŁŠْŁ†َŲ§ ŁˆَŁ„َŲ§ Ł†َŲØْŲ±َŲ­ُ Ų­َŲŖَّŁ‰ ŁŠُŲ­َŲÆِّŲ«َŁ†َŲ§ ŁˆَŁŠَŲ“ْŲŖَŁƒِŁŠ Ł‚ُŲ±َŁŠْŲ“ًŲ§ ŁˆَŁŠَŲ“ْŲŖَŁƒِŁŠ Ų£َŁ‡ْŁ„َ Ł…َŁƒَّŲ©َ Ų«ُŁ…َّ ŁŠَŁ‚ُŁˆŁ„ُ Ł„َŲ§ Ų³َŁˆَŲ§Ų”َ ŁƒُŁ†َّŲ§ ŲØِŁ…َŁƒَّŲ©َ Ł…ُŲ³ْŲŖَŲ°َŁ„ِّŁŠŁ†َ ŁˆَŁ…ُŲ³ْŲŖَŲ¶ْŲ¹َŁِŁŠŁ†َ ŁَŁ„َŁ…َّŲ§ Ų®َŲ±َŲ¬ْŁ†َŲ§ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ų§Ł„ْŁ…َŲÆِŁŠŁ†َŲ©ِ ŁƒَŲ§Ł†َŲŖْ Ų³ِŲ¬َŲ§Ł„ُ Ų§Ł„ْŲ­َŲ±ْŲØِ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ†َŲ§ ŁˆَŁ„َŁ†َŲ§ ŁَŁ…َŁƒَŲ«َ Ų¹َŁ†َّŲ§ Ł„َŁŠْŁ„َŲ©ً Ł„َŁ…ْ ŁŠَŲ£ْŲŖِŁ†َŲ§ Ų­َŲŖَّŁ‰ Ų·َŲ§Ł„َ Ų°َŁ„ِŁƒَ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ†َŲ§ ŲØَŲ¹ْŲÆَ Ų§Ł„ْŲ¹ِŲ“َŲ§Ų”ِ Ł‚َŲ§Ł„َ Ł‚ُŁ„ْŁ†َŲ§ Ł…َŲ§ Ų£َŁ…ْŁƒَŲ«َŁƒَ Ų¹َŁ†َّŲ§ ŁŠَŲ§ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų·َŲ±َŲ£َ Ų¹َŁ„َŁŠَّ Ų­ِŲ²ْŲØٌ Ł…ِŁ†ْ Ų§Ł„ْŁ‚ُŲ±ْŲ¢Ł†ِ ŁَŲ£َŲ±َŲÆْŲŖُ Ų£َŁ†ْ Ł„َŲ§ Ų£َŲ®ْŲ±ُŲ¬َ Ų­َŲŖَّŁ‰ Ų£َŁ‚ْŲ¶ِŁŠَŁ‡ُ Ł‚َŲ§Ł„َ ŁَŲ³َŲ£َŁ„ْŁ†َŲ§ Ų£َŲµْŲ­َŲ§ŲØَ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ų­ِŁŠŁ†َ Ų£َŲµْŲØَŲ­ْŁ†َŲ§ Ł‚َŲ§Ł„َ Ł‚ُŁ„ْŁ†َŲ§ ŁƒَŁŠْŁَ ŲŖُŲ­َŲ²ِّŲØُŁˆŁ†َ Ų§Ł„ْŁ‚ُŲ±ْŲ¢Ł†َ Ł‚َŲ§Ł„ُŁˆŲ§ Ł†ُŲ­َŲ²ِّŲØُŁ‡ُ Ų«َŁ„َŲ§Ų«َ Ų³ُŁˆَŲ±ٍ ŁˆَŲ®َŁ…ْŲ³َ Ų³ُŁˆَŲ±ٍ ŁˆَŲ³َŲØْŲ¹َ Ų³ُŁˆَŲ±ٍ ŁˆَŲŖِŲ³ْŲ¹َ Ų³ُŁˆَŲ±ٍ ŁˆَŲ„ِŲ­ْŲÆَŁ‰ Ų¹َŲ“ْŲ±َŲ©َ Ų³ُŁˆŲ±َŲ©ً ŁˆَŲ«َŁ„َŲ§Ų«َ Ų¹َŲ“ْŲ±َŲ©َ Ų³ُŁˆŲ±َŲ©ً ŁˆَŲ­ِŲ²ْŲØَ Ų§Ł„ْŁ…ُŁَŲµَّŁ„ِ Ł…ِŁ†ْ Ł‚َŲ§Łْ Ų­َŲŖَّŁ‰ ŁŠُŲ®ْŲŖَŁ…َ

Ertinya: Aws bin Hudhayfah berkata, aku termasuk dalam rombongan dari Thaqif (daripada Bani Bakar) yang datang bertemu Nabi SAW. Kami ditempatkan oleh baginda dalam sebuah khemah antara rumah baginda dan Masjid. Baginda selalu berulang alik untuk bertemu kami, pulang ke rumahnya dan ke masjid. Setiap kali selesai solat Isyak baginda datang bertemu kami dan bercakap dengan kami.............Pada suatu malam baginda tidak datang menjenguk kami (seperti biasa) sehingga lama kami menunggu selepas solat Isyak. Selepas baginda datang kami bertanya “Apa punca kamu lambat menemui kami?” Baginda menjawab: (Aku sibuk hari ini, sehingga mengganggu jadual bacaan al-Quran harianku. Oleh itu) “APABILA SAMPAI (JADUAL) BAHAGIAN BACAAN AL-QURANKU, AKU TAK MAHU KELUAR (DARI MASJID) SEHINGGA SELESAI MEMBACANYA.” Menjelang pagi kami tanya kepada sahabat Rasulullah bagaimana kalian membahagikan bacaan al-Quran (secara harian)?” Mereka menjawab kami bahagikannya kepada 3,5,7,9,11,13 (surah) dan bahagian surah pendek daripada surah Qaf (surah ke 50 dalam juzuk 27) sehingga akhir al-Quran (Musnad Ahmad).

Berikut adalah ringkasan jadual yang dimaksudkan hadith ini:

1) 3 surah pertama; al-Baqarah (surah no 2), Ali ‘Imran (surah no 3) dan al-Nisa’ (4).

2) 5 surah berikutnya; al-Ma’idah (5), al-An’am (6), al-A’raf (7), al-Anfal (8) dan al-Tawbah (9).

3) 7 surah berikutnya; Yunus (10), Hud (11), Yusuf (12), al-Ra’du (13), Ibrahim (14), al-Hijr (15) dan al-Nahl (16).

4) 9 surah berikutnya; al-Isra’ (17), al-Kahfi (18), Maryam (19), Taha (20), al-Anbiya’ (21), al-Hajj (22), al-Mu’minun (23), al-Nur (24) dan al-Furqan (25).

5) 11 surah berikutnya; al-Syu’ara’ (26), al-Naml (27), al-Qasas (28), al-‘Ankabut (29), al-Rum (30), Luqman (31), al-Sajdah (32), al-Ahzab (33), Saba’ (34), Fatir (35) dan Yasin (36).

6) 13 surah berikutnya; al-Saffat (37), Sad (38), al-Zumar (39), Ghafir (40), Fussilat (41), al-Syura (42), al-Zukhruf (43), al-Dukhan (44), al-Jathiyah (45), al-Ahqaf (46), Muhammad (47), al-Fath (48) dan al-Hujurat (49).

7) Mufassal (surah yang ayatnya pendek) bermula daripada surah Qaf (50) sehingga al-Nas (114).

Sebelum ini agak sukar untuk kita isi masa untuk berdamping dengan al-Quran. Ayuh kita isi tambah keberkatan masa semasa PKP ini dengan dampingan al-Quran. Sungguh! Ini adalah pakej ransangan pahala yang terbaik. Jangan lepaskan ia begitu sahaja.

Sumber: https://www.facebook.com/abdullahbukhari.abdulrahim/posts/10216866169071901

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo