Kritikan Terhadap Datuk Dr Noor Hisham Oleh Datuk Dr Musa: Apa Lagi Yang Boleh Dijangka Dari Pemuja Dap?



Kasihan rasanya kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang dikritik teruk oleh Datuk Dr Musa Nordin dalam satu laporan viral (dikongsi oleh lebih 35,000 pembaca) kerana kononnya gagal melengkapkan barisan depan perubatan Covid-19 dengan alat perlindungan sewajarnya, terperap di menara gading Putrajaya dan tidak turun ke padang melawat hospital-hospital.

Tidak ramai yang tahu bahawa Datuk Dr Musa Nordin ini, walaupun kelayakan profesionalnya tidak dipertikaikan, adalah pemimpin Muslim Professionals Forum (MPF) yang mendukung kuat Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, dan semua ini boleh dibuktikan dengan melihat sendiri segala kenyataan media yang pernah beliau keluarkan sejak Mei 2018 hingga Mac 2020.

Datuk Dr Musa Nordin ini adalah pemuja DAP, kenyataan media beliau pada 2 Mac 2020 menyifatkan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan sebagai “bertindak cemerlang” (“performed admirably”) dan “penyelamat” (“saviour”), dan beliau juga adalah pembenci dan penghina UMNO dan PAS dalam pelbagai kenyataan media beliau.

Lebih jauh daripada itu, Datuk Dr Musa Nordin juga tidak boleh menerima tindakan Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Azmin Ali serta penyokong mereka menubuhkan kerajaan baharu yang beliau istilahkan sebagai “kerajaan pintu belakang”, dan di dalam konteks inilah kritikan beliau terhadap Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan kerajaan sekarang perlu dilihat.

Malah, perlu diingat, tatkala desas-desus bertiup bahawa kerajaan mahu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, Datuk Dr Musa Nordin inilah antara pakar-pakar perubatan yang bersuara pada 16 Mac 2020 bagi menyatakan ketidaksetujuan mereka ke atas cadangan kerajaan ini, dan bayangkanlah apa yang boleh berlaku jika kata-kata Datuk Dr Musa Nordin ini diikuti.

Bertabahlah, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kerana di sebalik dedikasi, komitmen dan usaha keras lagi tulus anda untuk memulihkan negara dari pandemik Covid-19 ini, pasti sahaja orang seperti Datuk Dr Musa Nordin akan mencari kesalahan anda.

Rujukan:
1. http://www.thetruenet.com/…/experts-say-no-to-malaysia-loc…/
2. http://mpf.org.my/wp/?p=1713
3. http://mpf.org.my/wp/?p=1715
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post