NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kluster Itali Sarawak: Jauhi Sikap Tidak Jujur Yang Mengorbankan Banyak Nyawa



Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, semalam menegaskan bahawa adalah amat penting supaya masyarakat memberi maklumat secara jujur sekiranya mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Tegas beliau, daripada hasil siasatan yang telah dijalankan, terdapat satu kluster yang wujud daripada kes indeks positif COVID-19 yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara Itali (kes ke-1580), di mana setakat ini daripada kluster tersebut 37 orang telah disahkan positif COVID-19.

Dedah beliau, terdapat lima (5) kes kematian berpunca daripada Kluster Itali Sarawak ini, iaitu membabitkan lima sekeluarga:
(1) Wanita Melayu, Hajjah Rokayah binti Drahman, 79 tahun, yang meninggal dunia pada 18 Mac 2020, jam 2.00 pagi (kes ke-1031, kes kematian ke-5).
(2) Wanita Melayu, Norhafizah binti Abdul Rahman, 40 tahun, yang meninggal dunia pada 21 Mac 2020, jam 1.20 petang (kes ke-1032, kes kematian ke-6).
(3) Lelaki Melayu, Mohammad Norismadi bin Abdul Rahman, 49 tahun, yang meninggal dunia pada 23 Mac 2020, jam 1.16 petang (kes ke-1006, kes kematian ke-13).
(4) Lelaki Melayu, Ismail bin Sandom, 56 tahun, yang meninggal dunia pada 3 April 2020, jam 4.16 petang (kes ke-2850, kes kematian ke-56).
(5) Lelaki Melayu, Haji Mohd Ali bin Haji Seman, 72 tahun, yang meninggal dunia pada 4 April 2020, jam 1.37 tengah hari (kes ke-2210, kes kematian ke-58).

Selain itu, berdasarkan maklumat daripada keluarga mangsa, dua daripada 37 orang yang telah disahkan positif COVID-19 berpunca daripada Kluster Itali Sarawak ini sedang berada pada tahap yang serius, iaitu Mohamad Ghazali bin Abdul Rahman dan Wan Abdul Rahman bin Wan Zen.

Bagaimana Kluster Itali Sarawak ini bermula?

Mengikut maklumat, ia berpunca daripada seorang wanita Cina pegawai RHB yang tidak memberi maklumat secara jujur mengenai sejarah perjalanannya ke Itali (kes ke-1580).

Ekoran maklumat tidak jujur ini, seorang wanita Melayu eksekutif RHB Islamic Bank, Jalan Satok, Kuching, Rozana binti Abdul Rahman, telah dijangkiti dan menjangkiti keluarganya.

Kasihan kepada Rozana binti Abdul Rahman dan ahli-ahli keluarga beliau yang telah banyak dipersalahkan sedangkan punca sebenarnya ialah wanita Cina yang tidak jujur ini.

Apa pun, bukan soal Cina atau Melayu yang mahu dibangkitkan tetapi soal sikap tidak jujur, disebut soal Cina hanyalah untuk menyedarkan Cina-Cina yang menyalahkan Melayu sahaja.

Begitu juga dengan tahap pematuhan kesihatan yang diamalkan oleh pihak pengurusan RHB yang mungkin boleh dipersoalkan sehingga menyebabkan Kluster Itali Sarawak ini boleh merebak.

Sama-samalah kita doakan semoga mereka yang berada di dalam Kluster Itali Sarawak ini akan mampu bertahan dan segera sembuh.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo