Isu Warganegara China Dan India Lenyap Dalam Negara

oleh: Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Menolak kehadiran baru Rohingya itu benar. Negara tidak boleh menanggung risiko keselamatan dan kesihatan yang mungkin wujud hasil lambakan pelarian

Tetapi keterlaluan membenci Rohingya macam orang bodoh tak pernah puasa itu lebih besar salahnya. Rohingya hanya mewakili 1/3 daripada jumlah pelarian Myanmar yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia. Baki 94,000 lagi pelarian Myanmar sebenarnya daripada kaum-kaum lain termasuk yang beragama Kristian dan Buddha.

Ya. Myanmar tak bvnuh Rohingya saja. Kaum Karen pun kena. 400 ribu Karen kini tinggal di kem pelarian sempadan Thailand. Sampai sekarang, Thailand merekodkan jumlah 1 juta kaum tersebut yang sedang mendapatkan perlindungan di negara mereka.

Tetapi apa yang aneh sekali adalah bilamana kita ni seolah-olah sudah hilang adab, hilang tatasusila dan hilang kehormatan sebagai orang yang ada akidah. Sampai kita tak boleh lagi tapis antara berita benar dan salah. Sampai kita terpedaya dengan iblis dan terperangkap dengan fitnah. Begitu banyak saya lihat fitnah berleluasa di media sosial berkaitan isu ini.

Sedangkan masalah kita sebenarnya lebih besar. Ya, ada sebahagian Rohingya yang suka makan sireh, suka bela lembu dalam rumah, jual sayur ikut suka mak bapak dia dan suka kacau anak dara orang.

Tetapi kebanyakan isu tersebut boleh selesai dengan penguatkuasaan dan hukuman.

Isu yang sebenarnya menjadi ultimatum sekarang ini adalah isu kewarganegaraan. Rohingya ni kita boleh kenal muka dia. Tetapi pendatang daripada China dan India boleh bercampur dalam negara ini tanpa masalah besar.

Rekod daripada Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018 menunjukkan terdapat 79,799 pelancong China dan 41,245 pelancong India TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG REKOD PULANG KE NEGARA ASAL. Ini hanyalah rekod untuk tempoh 3 tahun (2016-2018)

promo-koleksi-dunia-tanpa-tembok.jpeg
Promosi Buku DTT
Berapa ramai sebenarnya yang telah berada dalam negara? Yang menguasai ekonomi dan jaringan perniagaan daripada pegangan rakyat tempatan pelbagai bangsa?

Menambah kecurigaan pada September 2019, telah berlaku pertemuan antara 4 ahli parlimen sebuah parti politik tanah air dan TS Muhyiddin – bertujuan mendesak KDN meluluskan segera permohonan kewarganegaraan yang ketika itu sudah mencecah angka 200 ribu.

Dan jika kita ambil kira kes pendakwaan penjualan MyKad yang melibatkan seorang Penolong Pengarah JPN tahun lepas, kita tak boleh sama sekali rule out bahawa sindiket ini sebenarnya jauh lebih besar daripada apa yang kita bayangkan.

Isu Rohingya ialah isu kemanusiaan mereka dan isu keselamatan negara. Kita mungkin boleh tambah baik dengan menyediakan pulau transit bagi rawatan / persediaan sebelum arahkan mereka pulang.

Itu sisi akhlak kita sebagai seorang Islam tanpa merisikokan kesejahteraan negara.

Tetapi isu kewarganegaraan ialah isu kedaulatan. Isu inilah yang kita sedang terlepas pandang dek kerana kebencian keterlaluan.

Kita sedang mengamuk pada nyamuk yang mengigit, sedang kita lupa di belakang ada harimau yang sedia menerkam.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post