NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Pelarian Rohingya: Pemimpin PH Memang Terbukti “Laksana Panglima Ayam Jantan Yang Kuat Berkokok Berderai-Derai, Sedangkan Ekornya Berlumuran Tahi”


Entah kenapa marah benar nampaknya Faisal Tehrani atau Mohd Faizal Musa bila Presiden PAS menulis:

(1) “PAS bersama BN tidak sama seperti PH yang hanya kedengaran suara Tun Mahathir keseorangan (bercakap tentang isu pelarian Rohingya) di mimbar PBB.”

(2) “Jangan bercakap setelah hilangnya kuasa, laksana panglima ayam jantan yang kuat berkokok berderai-derai, sedangkan ekornya berlumuran tahi.”

Kata Faisal Tehrani, sebagai aktivis hak asasi manusia, beliau mengenali antara lain Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto, dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, rajin bercakap tentang isu pelarian Rohingya sejak beberapa lama.

Meneliti Penyata Rasmi Parlimen, memanglah saya dapati ada beberapa kali Kasthuri Patto dan Charles Santiago bercakap mengenai isu pelarian di Parlimen, tetapi yang kita persoalkan bukanlah apa yang pemimpin PH cakapkan mengenai isu pelarian Rohingya tetapi adalah apa yang mereka laksanakan bagi mengatasi isu pelarian Rohingya sewaktu ia memegang tampuk kuasa pemerintahan Malaysia dari 10 Mei 2018 ke 24 Februari 2020.

Penilaian kepada prestasi PH sewaktu ia memegang tampuk kuasa pemerintahan Malaysia bukanlah apa yang pemimpinnya cakapkan, apatah lagi bila pemimpin yang bercakap itu adalah sekadar pemimpin pinggiran, tetapi adalah apa yang mereka laksanakan selaku kerajaan yang ada kuasa penuh bagi mengatasi isu pelarian Rohingya.

Secara spesifiknya, apa yang kita persoalkan adalah:
(1) Mengapa Kerajaan PH langsung tidak berbuat apa-apa untuk “meratifkasi Kovensyen Antarabangsa Mengenai Pelarian 1951 agar pelarian yang datang ke Malaysia untuk meyelamatkan diri dapat diberi bantuan sewajarnya” sedangkan perkara ini jelas terpampang di dalam JANJI 59 (MUKA SURAT 152) MANIFESTO PRU 14 PH?

(2) Mengapa Kerajaan PH langsung tidak berbuat apa-apa untuk “mengabsahkan status lebih dari 150,000 orang pelarian yang mempunyai kad UNHCR sebagai pelarian dan memberi kebenaran untuk mereka bekerja” sedangkan perkara ini jelas terpampang di dalam JANJI 35 (MUKA SURAT 99) MANIFESTO PRU 14 PH?

Dalam konteks kegagalannya sebagai kerajaan yang memerintah inilah maka pemimpin PH tidak lagi mempunyai sebarang hak moral untuk memperkatakan mengenai isu pelarian Rohingya setelah ia tidak lagi menjadi kerajaan.

Dalam konteks kegagalannya inilah juga maka amat tepat sekalilah bidasan yang diberi oleh Presiden PAS bahawa pemimpin PH ini “laksana panglima ayam jantan yang kuat berkokok berderai-derai, sedangkan ekornya berlumuran tahi.”

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo