NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ibrah Al-Kahfi: Signifikan Kisah Zulqarnain & Fitnah Kekuasaan.


Abdul Mu'izz Muhammad
3 April 2020.

Cerita ringkas berkenaan maharaja Zulqarnain merupakan kisah keempat di dalam surah al-Kahfi. Dalam siri-siri Ibrah al-Kahfi terdahulu, penulis telah menjelaskan sedikit sebanyak berkenaan mesej yang terkandung dalam kisah perjalanan Zulqarnain.

ŁˆَŁŠَŲ³ْŲ£َŁ„ُŁˆŁ†َŁƒَ Ų¹َŁ† Ų°ِŁŠ Ų§Ł„ْŁ‚َŲ±ْŁ†َŁŠْŁ†ِ

"Mereka bertanya kepadamu berkenaan Zulqarnain" - al-Kahfi 83.

Kali ini, kita cuba mengenali siapakah itu maharaja Zulqarnain? Mengapakah kisah beliau dimuatkan di dalam surah al-Kahfi? Apakah kaitannya dengan senario zaman fitnah yang sinonim dengan mesej surah al-Kahfi?

Siapakah Zulqarnain?

Imam Mujahid menyatakan bahawa dalam sejarah dunia, terdapat 4 orang maharaja yang diberi peluang menguasai timur & barat. Dua antaranya mu'min, dua yang berbaki pula kafir. Maharaja mu'min ialah Sulaiman & Zulqarnain. Sementara maharaja kafir pula ialah Nebuchadnezzar & Namrud.

Ibnu Kathir menjelaskan sesungguhnya Zulqarnain merupakan maharaja yang sangat adil. Dipilih dalam keadaan kuat membawa kemenangan, tidak terkalah & amat saksama.

Terdapat spekulasi, adakah Zulqarnain itu merupakan Alexander the Great? Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani, Zulqarnain bukanlah Alexander the Great. Pandangan ini diasaskan dari perkiraan beza zaman antara 2 raja itu.

Selain dari perbezaan taklukan kuasa antara keduanya, Zulqarnain hidup samada sebelum atau semasa zaman Nabi Ibrahim. Pandangan ini turut disandarkan kepada athar Ibnu Abbas. Bahkan di dalam al-Quran menegaskan Zulqarnain merupakan maharaja yang beriman.

Sementara Alexander the Great merupakan raja Yunani yang tidak beriman. Waktu beliau hidup hampir dengan zaman Nabi Isa. Sedangkan jarak antara zaman Nabi Ibrahim & Nabi Isa kira-kira 2 ribu tahun.

Mengapakah Identitinya Kabur?

Kita bertemu dengan kesulitan untuk mendapatkan informasi berkenaan identiti Zulqarnain dari hadith-hadith sahih. Inilah yang ditegaskan oleh Syeikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi.

Perkara yang sama turut dikomentar oleh Syeikh Mutawalli Sya'rawi. Ketika menafsirkan ayat berkenaan Zulqarnain, beliau menjelaskan bahawa sengaja Allah membiarkan imej Zulqarnain kabur supaya kita dapat bersikap objektif memahami pengajaran kisahnya.

Jika diceritakan secara terperinci, sudah pasti kita akan larut dengan spekulasi & kita akan menghadkan pengajaran berkenaan Zulqarnain itu, eksklusif untuk dirinya sahaja. Bukan untuk umat sepanjang zaman. Yang demikian itu adalah kejumudan dalam memahami al-Quran.

Allah telah menegaskan bahawa kisah berkenaan Zulqarnain berfungsi sebagai peringatan. Ia adalah refleksi bagi umat sepanjang zaman untuk mengambil contoh darinya. Allah berfirman:

Ł‚ُŁ„ْ Ų³َŲ£َŲŖْŁ„ُŁˆ Ų¹َŁ„َŁŠْŁƒُŁ… Ł…ِّŁ†ْŁ‡ُ Ų°ِŁƒْŲ±ًŲ§

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku akan kemukakan kisahnya kepada kamu semua sebagai peringatan" - al-Kahfi 83.

Feqh al-Tamkin.

Allah telah mengurniakan buat Zulqarnain kuasa pemerintahan. Firmannya:

Ų„ِŁ†َّŲ§ Ł…َŁƒَّŁ†َّŲ§ Ł„َŁ‡ُ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ

"Sesungguhnya Kami telah kurniakan untuknya kekuasaan ke atas dunia" - al-Kahfi 84.

Zulqarnain diberikan kuasa pemerintahan yang diredhai oleh Allah. Beliau sebagai contoh maharaja yang memiliki kekuasaan timur & barat, tetapi tidak melupakan prinsip iman & akhlak. Untuk mendapatkan redha, Allah telah menjelaskan tanggungjawab di sebalik kekuasaan:

Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų„ِŁ† Ł…َّŁƒَّŁ†َّŲ§Ł‡ُŁ…ْ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ Ų£َŁ‚َŲ§Ł…ُŁˆŲ§ Ų§Ł„ŲµَّŁ„َŲ§Ų©َ ŁˆَŲ¢ŲŖَŁˆُŲ§ Ų§Ł„Ų²َّŁƒَŲ§Ų©َ ŁˆَŲ£َŁ…َŲ±ُŁˆŲ§ ŲØِŲ§Ł„ْŁ…َŲ¹ْŲ±ُŁˆŁِ ŁˆَŁ†َŁ‡َŁˆْŲ§ Ų¹َŁ†ِ Ų§Ł„ْŁ…ُŁ†ŁƒَŲ±ِ ۗ ŁˆَŁ„ِŁ„َّŁ‡ِ Ų¹َŲ§Ł‚ِŲØَŲ©ُ Ų§Ł„ْŲ£ُŁ…ُŁˆŲ±ِ

"Golongan yang sekiranya Kami kurniakan kekuasaan dunia, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan & melarang kemungkaran. Dan kepada Allah jua kembali segala urusan" - al-Haj 41.

Dalam ayat ini, kita dapat memahami secara ringkas, seorang pemimpin itu mestilah:

• Mendirikan solat: Menjaga hubungan dengan Allah & menjadi penghubung agar rakyat dekat dengan Allah.

• Menunaikan zakat: Menjaga hubungan sesama rakyat & prihatin terhadap nasib kehidupan mereka, termasuklah keperluan material.

• Amar ma'ruf & nahi munkar: Tidak mengamalkan diskriminasi, membudayakan da'wah & menguatkuasakan kebaikan.

Rumusan dari kriteria-kriteria di atas, jadilah pemimpin-pemimpin sebagai abdi yang sentiasa meletakkan Allah sebagai rujukan utama. Itulah syarat kekuasaan yang diredhai oleh Allah.

Pelindung Yang Prihatin.

Dalam surah al-Kahfi, Allah menceritakan kesungguhan Zulqarnain 'turun padang' memantau keadaan rakyatnya. Hal ini kita boleh rujuk dari ayat 86 hingga ayat 96. Zulqarnain berusaha:

• Memberi peringatan terlebih dahulu agar jangan melakukan kejahatan. Sekiranya ingkar, Zulqarnain akan menggunakan kuasanya untuk menghukum pesalah, agar kejahatan itu tidak memberi kesan kepada rakyat yang lain.

• Menjejaki rakyatnya yang miskin. Ada dalam kalangan mereka tidak memiliki fasiliti hidup yang cukup. Zulqarnain membantu mereka.

• Menjadi pelindung kepada rakyatnya yang lemah dari ancaman Ya'juj & Ma'juj. Zulqarnain bukanlah pemimpin yang gemar mengambil kesempatan lalu memeras ugut rakyat.

Fitnah Kekuasaan.

Berbeza dengan kualiti kepimpinan yang ditunjukkan oleh Zulqarnain, Nabi telah mengingatkan senario fitnah di ambang berlakunya kiamat. Terdapat banyak hadith yang mengingatkan soal kepincangan politik. Antaranya:

• Dipilih orang-orang jahil sebagai pemimpin:

Ų„ِŲ°َŲ§ Ł„َŁ…ْ ŁŠُŲØْŁ‚ِ Ų¹َŲ§Ł„ِŁ…ًŲ§ Ų§ŲŖَّŲ®َŲ°َ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ُ Ų±ُŲ”ُŁˆŲ³ًŲ§ Ų¬ُŁ‡َّŲ§Ł„ًŲ§ ŁَŲ³ُŲ¦ِŁ„ُŁˆŲ§ ŁَŲ£َŁْŲŖَŁˆْŲ§ ŲØِŲŗَŁŠْŲ±ِ Ų¹ِŁ„ْŁ…ٍ ŁَŲ¶َŁ„ُّŁˆŲ§ ŁˆَŲ£َŲ¶َŁ„ُّŁˆŲ§

"Apabila sudah tiada orang yang berilmu, manusia akan mengambil pemimpin-pemimpin jahil. Maka apabila disoal, lantas mereka mengeluarkan pandangan tanpa ilmu. Mereka sesat & menyesatkan" - hr Bukhari.

• Pergelutan kuasa yang menjulang orang-orang jahat:

Ł…ِŁ†َ Ų§Ł‚ْŲŖِŲ±َŲ§ŲØِ Ų§Ł„Ų³َّŲ§Ų¹َŲ©ِ Ų£َŁ†ْ ŲŖُŲ±ْŁَŲ¹َ Ų§Ł„ْŲ£َŲ“ْŲ±َŲ§Ų±ُ ŁˆَŲŖُŁˆŲ¶َŲ¹َ Ų§Ł„ْŲ£َŲ®ْŁŠَŲ§Ų±ُ

"Antara tanda hampirnya kiamat adalah diangkat orang-orang yang jahat & orang-orang baik direndahkan" - hr Darimi & Hakim.

• Munculnya pemimpin kejam berhati syaitan:

ŁŠَŁƒُŁˆŁ†ُ ŲØَŲ¹ْŲÆِŁŠ Ų£َŲ¦ِŁ…َّŲ©ٌ Ł„َŲ§ ŁŠَŁ‡ْŲŖَŲÆُŁˆŁ†َ ŲØِŁ‡ُŲÆَŲ§ŁŠَ ، ŁˆَŁ„َŲ§ ŁŠَŲ³ْŲŖَŁ†ُّŁˆŁ†َ ŲØِŲ³ُŁ†َّŲŖِŁŠ ، ŁˆَŲ³َŁŠَŁ‚ُŁˆŁ…ُ ŁِŁŠŁ‡ِŁ…ْ Ų±ِŲ¬َŲ§Ł„ٌ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØُŁ‡ُŁ…ْ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØُ Ų§Ł„Ų“َّŁŠَŲ§Ų·ِŁŠŁ†ِ ŁِŁŠ Ų¬ُŲ«ْŁ…َŲ§Ł†ِ Ų„ِŁ†ْŲ³ٍ

"Akan ada pemimpin-pemimpin setelahku yang tidak mengikuti petunjukku & tidak berperilaku dengan sunnahku. Ada dari mereka orang-orang yang memiliki hati syaitan sedangkan fizikal mereka manusia" - hr Muslim.

Apabila membaca pesanan hadith-hadith seumpama di atas, kita akan menyedari kaitan kisah Zulqarnain yang menggunakan kuasanya untuk kebaikan, prihatin lagi adil & bersungguh memahami permasalahan rakyatnya. Adapun ciri-ciri baik sedemikian, semakin luput dari dunia politik seiring dengan saat fitnah hampirnya kiamat.

Islam Pasti Kembali Berkuasa.

Kisah terakhir dari surah al-Kahfi ini membawa mesej kekuasaan. Menjadi keimanan buat kita orang-orang Islam untuk yakin bahawa sebelum berlakunya kiamat, Islam pasti terlebih dahulu kembali berkuasa. Nabi Isa pasti akan membunuh Dajjal.

Sementara saat tersebut belum tiba, pastikan kita tidak hanyut dalam berpolitik hingga turut terbabit dengan petanda-petanda hampirnya kiamat seperti yang telah diingatkan oleh Nabi. Semoga Allah memelihara kita.

Sumber: https://www.facebook.com/abdulmuizz.muhammad.5/posts/3090140534350035

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo