Sekiranya COVID19 adalah suatu persamaaan (equation), maka setiap kita adalah pembolehubah (variables) yang menjadi penentunya.
Pelbagai langkah telah diambil oleh Kerajaan untuk mengekang penularan wabak COVID19, antaranya dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac dan telah dilanjutkan hingga 28 April.
Ini bagi memastikan setiap kluster yang berpotensi untuk menyebar wabak COVID19 dapat dibendung, manakala setiap kluster yang terdedah kepada jangkitan wabak dapat dilindung.
Jika suatu kluster berubah, atau diubah tempatnya, maka berubahlah keseluruhan ‘equation’ dan kesannya adalah berantaian (exponential) ke seluruh negara.
Tidak dinafikan pelaksanaan PKP telah menyulitkan kehidupan rakyat, peniaga dan majikan.
Negara kini bukan sahaja berdepan dengan krisis kesihatan dan krisis ekonomi, malah turut berdepan dengan krisis sosial dan tekanan emosi.
Akibat pelaksanaan PKP ini, ramai di kalangan kita yang hilang pekerjaan, tiada pendapatan dan tidak cukup makanan. Ramai juga warga kota yang masih terkandas di kampung, manakala 80,000 pelajar pula masih terkandas di dalam kampus.
Berdepan dengan kesulitan ini, semuanya perlu dibantu, dan telah pun dibantu mengikut keperluan di pihak Kerajaan, korporat, NGO, dan Baitulmal.
Pastinya arahan supaya rakyat duduk di rumah, menjaga jarak dan kebersihan diri adalah untuk merendahkan kebarangkalian (probability) dan pekali penularan wabak (coefficient), seterusnya menyumbang kepada pengurangan kes (equation) di tahap terkawal.
Justeru kepatuhan dan kerjasama setiap kita sebagai ‘pembolehubah’ adalah terpenting.
SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat aktiviti senaman aerobik yang didakwa mengandungi beberapa elemen yang bole...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment