NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Sudah lebih 200,000 maut di seluruh dunia


PARIS: Jumlah kematian akibat wabak COVID-19 di seluruh dunia mencecah 200,736 kes, sejak ia mula dikesan di China pada Disember tahun lalu.

Lebih 2,864,070 pesakit didaftarkan oleh 193 negara dengan lebih 772,900 kes sudah sembuh.

Jumlah ini didapati menerusi data dikumpulkan oleh agensi berita AFP dari pihak berkuasa dan maklumat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mungkin hanya menunjukkan sebilangan kecil dari jumlah jangkitan sebenar.

Negara yang paling teruk dilanda wabak itu, Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 53,070 daripada 924,865 kes.

Itali mempunyai jumlah tertinggi kedua dengan 26,384 kematian daripada 195,351 kes, diikuti oleh Sepanyol (22,902 kematian dan 223,759 kes), Perancis (22,614 kematian dan 161,488 kes) dan United Kingdom dengan 20,319 kematian dan 148,377 kes.

China (tidak termasuk Hong Kong dan Macau) setakat ini mencatatkan 4,632 kematian dan 82,816 kes.

Eropah mempunyai sejumlah 122,171 kematian dari 1,360,314 kes, Amerika Syarikat dan Kanada mempunyai 55,586 kematian dan 969,896 kes, Asia mempunyai 7,854 kematian dari 195,102 kes.

Amerika Latin dan Caribbean mempunyai 7,434 kematian dari 150,162 kes, Asia Barat mempunyai 6,225 kematian dari 150,625 kes, Afrika mempunyai 1,361 kematian dari 29,981 kes dan Oceania mempunyai 105 kematian dari 7,991 kes. - AFP

Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/04/681671/covid-19-sudah-lebih-200000-maut-di-seluruh-dunia

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo