NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Catatan ilmuwan arab kurun ke-12 dan ke bawah tentang keunggulan pedang buatan alam Melayu

Gambar : Saya bersama sundang di rumah seorang ketua kampung di Mindanao, Filipina.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam

1) Al-Biruni (wafat 1050 M) menulis :-

Ł‚Ų§Ł„ŁˆŲ§ انها ŲŖŲ­Ł…Ł„ من کله کما ŁŠŲ­Ł…Ł„ منها الرصاص و ŁŠŁ†Ų³ŲØ Ų§Ł„ŁŠŁ‡Ų§ Ų§Ł„Ł‚Ł„Ų¹ŁŠ ŁˆŁ‡ŁŠ سيوف
Ų¹Ų±Ų§Ų¶

Mereka mengatakan bahawa pedang Al-Qala’i diimport dari Kalah (Kedah) seperti mana mereka mengimport timah daripadanya dan (pedang yang diimport dari Kedah) dinamakan sebagai Al-Qala’i dan ia adalah pedang-pedang yang lebar.

2) Al-Kindi (wafat 873 M) menulis :-

و Ł„ŁŠŲ³ Ų§Ł„Ų¹ŲŖŁŠŁ‚ الا Ų§Ł„Ł‚Ł„Ų¹ŁŠ و Ų§Ł„ŁŠŁ…Ų§Ł†ŁŠ و Ų§Ł„Ł‡Ł†ŲÆŁŠ Ł‡Łˆ Ų§Ł„ŁŲ§Ł‚Ų±ŁˆŁ†

Dan bukanlah pedang yang unggul melainkan pedang Al-Qala’i, pedang Al-Yamani dan pedang Al-Hind. Dan pedang-pedang ini dinamakan Al-Faqarun.

3) Abu Dulaf al-Muhalhil (abad ke-10 M) menyatakan :-

سيوف Ų§Ł„Ł‚Ł„Ų¹ŁŠŲ© ŁˆŁ‡ŁŠ Ų§Ł„Ł‡Ł†ŲÆŁŠŲ© Ų§Ł„Ų¹ŲŖŁŠŁ‚Ų©

“Pedang Al-Qala’iyah adalah pedang dari Al-Hind (Alam Melayu termasuk Al-Hind di sisi penulis-penulis Arab) yang unggul.”

4) Al-Jahiz (wafat 869 M) menulis :-

ŁˆŁ„Ł‡Ł… Ų§Ł„Ų³ŁŠŁˆŁ Ų§Ł„Ł‚Ł„Ų¹ŁŠŲ© ŁˆŁ‡Ł… العب الناس بها و احذقها Ų¶Ų±ŲØŲ§

“Mereka (penduduk Kalah) (memiliki industri) pedang-pedang Al-Qala’iyah. Mereka paling mahir dalam seni bermain pedang dan merupakan ahli-ahli pedang terbaik.”

5) Al-Idrisi (wafat 1166 M) menulis :-

و أهل Ų¬Ų²Ų§Ų¦Ų± الزابج ŁˆŲŗŁŠŲ±Ł‡Ł… من ساکنى الجزائر Ų§Ł„Ł…Ų·ŁŠŁŲ© بهم ......ŁŠŲ­Ų³Ł†ŁˆŁ† تراکيب أخلاط Ų§Ł„Ų£ŲÆŁˆŁŠŲ© Ų§Ł„ŲŖŁŠ ŁŠŲ³ŲØŚ©ŁˆŁ† بها Ų§Ł„Ų­ŲÆŁŠŲÆ Ų§Ł„Ł„ŁŠŁ† فيعود Ł‡Ł†ŲÆŁŠŲ§ً ŁŠŁ†Ų³ŲØ الى الهند. و بها دور الضرب Ł„Ł„Ų³ŁŠŁˆŁ و صناعهم يجيّŲÆŁˆŁ†Ł‡Ų§ فضلا على ŲŗŁŠŲ±Ł‡Ł… من الأمم

Dan penduduk kepulauan Srivijaya serta penduduk pulau-pulau sekitarnya yang lain…..mereka sangat pintar dalam membuat sebatian pelbagai campuran bahan yang mana dengan bantuannya dapat mencairkan besi yang kemudian menjadikannya besi ‘Hind’ yang dinamakan dari nama Al-Hind. Di sana terdapat bengkel-bengkel pembuatan pedang dan pandai-pandai besi mereka menghasilkan pedang-pedang yang memiliki kelebihan mengatasi pedang bangsa-bangsa lain.

Sebagai tambahan:-

6) Sejarawan Sepanyol bernama Argensola menulis pada tahun 1609 M bahawa senjata terbaik di bahagian timur dunia adalah keris.

Gambar : Saya bersama sundang di rumah seorang ketua kampung di Mindanao, Filipina.

Sumber: https://www.facebook.com/hasan.yusof.5/posts/10213633008418214

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo