Tiada agensi dilantik jalankan imunisasi COVID-19 di rumah - MKN


KUALA LUMPUR, 17 Mac -- Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk menjalankan imunisasi COVID-19 dari rumah ke rumah.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataan menasihatkan agar semua pihak berhati-hati dengan taktik terkini pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap situasi COVID-19 yang berlaku sekarang.


"Jangan benarkan sesiapa masuk ke rumah anda untuk tujuan itu (imunisasi)," menurut kenyataan itu.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan perintah kawalan pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara dalam usaha kerajaan mencegah penularan baharu wabak COVID-19 yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat.

Ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia menguatkuasakan perintah seumpama itu.

Perintah kawalan itu dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

-- BERNAMA

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post