NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sabah: Tidak sokong, saya harap Muhyiddin faham - Shafie Apdal


KOTA KINABALU: "Saya harap dia faham. Saya juga bukan mahu menentang beliau malah kami kawan lama."

Demikian respon Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika ditanya mengenai hubungan beliau dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mohd Shafie pada sidang medianya di Pejabat Pembangunan Negeri Sabah berkata beliau konsisten dengan pendirian menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tambah Mohd Shafie, tindakan tidak memberi sokongan kepada Muhyiddin juga bukan bersifat peribadi.

Malah beliau mengambil contoh apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan beliau menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir.

"Saya pernah kata kepada Najib saya sokong Tun Dr Mahathir walaupun Najib itu kawan saya.
"Sebagai ahli politik kita perlu jelas dengan apa pendirian kita. Bukan itu sahaja, perlu memberi tumpuan kepada usaha membangunkan rakyat dan negeri ini," katanya.

Jelasnya, beliau tidak boleh terikut-ikut dengan apa yang berlaku di Semenanjung kerana beliau perlu memberi tumpuan kepada rakyat dan negeri ini.

Perkara itu dinyatakan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan 14 Ahli Parlimen dari blok kerajaan negeri Sabah pada sesi taklimat khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini petang tadi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo