NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

"PH Tebuk Atap, Kita Datang Baiki' - Abdul Hadi


KUALA LUMPUR, 11 Mac - Perubahan kerajaan yang berlaku baru-baru ini adalah disebabkan wujudnya usaha menggulingkan Perdana Menteri terdahulu, Tun Dr Mahathir dari kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH).


Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, ia sekali gus menafikan dakwaan songsang mengatakan kerajaan yang terbina hari ini hasil gabungan pintu belakang.

"Apabila berlakunya kerja memecahkan diri sendiri oleh Pakatan Harapan (PH), bukan kami yang buat (iaitu) terdapat usaha menggulingkan Perdana Menteri.

"Mereka menekan dengan cara yang dilihat oleh umum (seperti) desakan dan sebagainya. Ini adalah untuk mengambil alih pemerintahan melalui atap, bukan pintu belakang. Mereka (PH) tebuk atap," kata Presiden PAS itu dalam perutusan khas yang disiarkan melalui facebook beliau semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, menyedari perpecahan dalaman itu sejak awal, pihaknya bersama UMNO bertindak menubuhkan satu muafakat.

"PAS mengambil langkah untuk mengambil alih kerajaan bagi menyelamatkan kerajaan (dan) negara dengan proses demokrasi serta mengambil Sunnah Nabi S.A.W iaitu menyatukan umat Islam dan masyarakat majmuk.

"Alhamdulillah akhirnya kita berjaya dengan cara demokrasi iaitu Mengikut Perlembagaan yang sah dan berlakulah satu perubahan yang sangat menarik serta tidak mengorbankan dan menyusahkan rakyat,  bukan cara pintu belakang," ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya bersyukur kerana berjaya membentuk Kabinet Perpaduan Umat terdiri daripada parti-parti politik yang terlibat dalam perubahan itu.

"Bukan sahaja jumlah wakil rakyat yang dipilih rakyat termasuklah jumlah parti-parti politik yang berbagai. Bukan dua parti, tiga parti sahaja, (sebaliknya) yang berbagai," jelasnya.

Sumber: https://www.teganukita.net/2020/03/ph-tebuk-atap-kita-datang-baiki-abdul.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo