NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pegawai lantikan politik PH disaran letak jawatan


March 12, 2020

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyarankan semua pegawai lantikan politik Pakatan Harapan (PH) supaya melepaskan jawatan secara terhormat.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, ini kerana aspirasi kerajaan memerintah telah beralih kuasa daripada PH kepada Perikatan Nasional (PN).


“Pemegang jawatan lantikan politik perlu menyedari bahawa selepas pembentukan Kabinet baharu pada 9 Mac lalu, kerajaan PH sudah terbubar.

“Dan kerajaan memerintah sekarang adalah kerajaan baharu iaitu Perikatan Nasional,” kata Mohd Zai dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kini kata Mohd Zai, PN mempunyai aspirasi baharu, hala tuju dan matlamat yang tentu berbeza daripada PH.

Ujarnya, penjawatan lantikan politik sebelum ini dipandu oleh DAP jauh berbeza dengan PN yang mesra didominasi majoriti Melayu dan Islam.

“Kementerian penting yang perlu diberi perhatian segera adalah Kementerian Agama dan agensi yang berada di bawahnya seperti JAKIM, YADIM, YAPEIM dan lain-lain agensi.

“Pelantikan jawatan politik bagi agensi tersebut adalah dari wakil parti sekutu DAP, juga NGO sekutu mereka seperti Ikram dan Abim,” kata Mohd Zai.

Pihaknya berhasrat mengunjungi Menteri Agama dalam masa terdekat untuk berkongsi pandangan dan menghantar surat bagi memohon agar pelantikan baharu untuk agensi-agensi berkenaan sejajar dengan aspirasi kerajaan PN.– HARAKAHDAILY 12/3/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/03/12/pegawai-lantikan-politik-ph-disaran-letak-jawatan-ummah/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo