NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Patuhi Arahan Dan Saranan Kerajaan Dalam Usaha Menangani Wabak Covid-19.


Saya amat berharap agar rakyat dapat mematuhi arahan kerajaan dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19 yang telah menjadi pendemik sebagaimana yang diumumkan oleh World Health Organization ( WHO ). Arahan “ Social Distancing “ selama 2 minggu yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri bertujuan untuk mengawal wabak Covid-19 daripada merebak dan menjadikan lebih ramai rakyat Malaysia terdedah kepada jangkitan wabak Covid-19.


Namun saya dapati terdapat sejumlah kecil kedai – kedai makanan dan restoran yang dibuka di sekitar Kuala Terengganu di mana terdapat segelintir penduduk yang menjamu selera di kedai – kedai dan retoran terbabit. Oleh itu saya amat berharap agar pemilik premis tersebut dapat mematuhi arahan kerajaan dimana kedai – kedai makanan dan restoran hanya dibenarkan menjual makanan untuk dibawa pulang tanpa menjamu selera di premis terbabit.

Mungkin ada yang beranggapan wabak Covid-19 ini adalah perkara mudah dan tidak begitu penting. Ia adalah salah dan berkemungkinan boleh menjangkiti anda seterusnya mampu membawa maut. Dengan sejumlah 195,543 orang dijangkiti di seluruh dunia dan sebanyak 7, 988 kematian dicatatkan, ia adalah satu wabak besar yang perlu diberikan perhatian serius oleh setiap rakyat jelata.

Di Malaysia kelmarin telah mencatatkan 2 kematian akibat wabak Covid-19. Gelombang kedua wabak Covid-19 yang berlaku sekarang dijangka akan menyebabkan lebih banyak penularan dan jangkitan wabak terbabit di kalangan rakyat. Maka di atas sebab itulah kerajaan melaksanakan “ Social Distancing “ ini dalam usaha untuk mengawal penularan wabak terbabit. Oleh itu saya amat berharap rakyat agar mematuhi arahan dan saranan kerajaan dalam usaha untuk menjadikan Malaysia bebas dari wabak terbabit.

YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah ADUN Batu Buruk

Sumber: https://www.facebook.com/mkhalilabdulhadi/posts/2771896969532464

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo