NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS anjur tabung bantuan Covid-19


TABUNG BANTUAN KEBAJIKAN WABAK COVID-19 ANJURAN PAS DI BAWAH USAHASAMA KHIDMAT MALAYSIA DAN LAJNAH KESIHATAN PAS

1. Alhamdulillah, menyedari ancaman yang bakal terjadi kesan daripada penularan Wabak Covid 19, pada 14hb. Mac 2020 lalu bertempat di Pejabat Agung PAS Pusat, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat telah mengadakan majlis kutipan sumbangan untuk Tabung Dana Bantuan COVID-19.

2. Bagi melahirkan komitmen yang berterusan dari PAS, ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia, Khidmat Malaysia dan Lajnah Kesihatan PAS telah diamanahkan untuk menyelaraskan Kempen Kutipan Tabung Dana Kebajikan Covid 19 anjuran PAS ini.

3. Persoalan: Kepada siapakah Dana Kebajikan Covid 19 ini akan disalurkan?

Dana ini akan disalurkan kepada :

❤ Pesakit & keluarga yang terkesan dengan COVID-19
šŸ§” Petugas kesihatan(Doktor, jururawat dll)
šŸ’› Petugas keselamatan (polis, tentera)
šŸ’š Pesakit di bawah pemeriksaan (PUI)
šŸ’™ Asnaf yang terkesan kerana hilang punca pencarian rezeki sepanjang Arahan Kawalan Pergerakan

4. Ayuh salurkan simpati dan sumbangan kita bersama-sama PAS agar usaha-usaha ini dapat meringankan kesusahan dan penderitaan mereka terbabit.

šŸ†˜ Kepada yang ingin menjayakan Kempen Kutipan Dana Kebajikan Covid 19 Anjuran PAS ini, boleh ikuti 3 langkah mudah ini :

1⃣ Salurkan sumbangan anda ke No. Akaun: 5642 9431 0529 (Maybank)
Atas Nama: KHIDMAT MALAYSIA

2⃣ Sila Whatsapp slip transaksi kepada salah satu dari no berikut :

Tn Khairul Faizi : +6019 770 1830
Hj Zakaria : +6012 693 5938
Ust Afiffudin : +6019 223 0858

3⃣ Sila Whatsapp bersama infomasi berikut untuk rekod dan rujukan kami

Nama : Penderma
Tujuan : DANA KEBAJIKAN COVID-19

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud RA, Rasulullah SAW bersabda :

‎ŲÆŲ§ŁˆŁˆŲ§ Ł…Ų±Ų¶Ų§ŁƒŁ… ŲØŲ§Ł„ŲµŲÆŁ‚Ų©ِ ، ŁˆŲ­ŲµِّŁ†ŁˆŲ§ Ų£Ł…ŁˆŲ§Ł„ŁƒŁ… ŲØŲ§Ł„Ų²ŁƒŲ§Ų©ِ ، ŁˆŲ£َŲ¹ِŲÆُّŁˆŲ§ Ł„Ł„ŲØŁ„Ų§Ų”ِ Ų§Ł„ŲÆŲ¹Ų§Ų”َ

"Ubatilah sakit kamu dengan bersedekah, peliharalah harta kamu dengan berzakat dan hindarilah bala dengan berdoa."

(Hadis Riwayat AL-BAIHAQI)

5. Mohon kerjasama semua untuk sebarkan seluasnya kempen ini agar usaha ini mendapat sokongan dan sumbangan semaksima mungkin supaya dapat memberi manfaat yang besar kepada mereka yang terlibat.

6. Segala sokongan dan sumbangan, kami bagi pihak PAS dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga segala kebaikan ini dibalas oleh Allah swt dengan kebaikan yang lumayan di dunia dan di Akhirat. Allahumma Aamiin.

Wassalam.

Khidmat Malaysia Pusat
Lajnah Kesihatan PAS Pusat

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo