NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhyiddin Ketuai Perikatan Nasional?


PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau kini mewakili suara gabungan politik baharu yang dibentuk bersama Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).


Muhyiddin yang dicalonkan sebagai perdana menteri ke-8 berkata, beliau kini mengetuai Perikatan Nasional ke Istana Negara untuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

“Kami semua dari Perikatan Nasional, semua orang yang anda lihat di sini, akan pergi ke Istana Negara dengan dokumen ini yang kami bawa.

“Hasrat kami adalah untuk melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan negara daripada keadaan yang sedang berlaku sekarang,” katanya seperti dilaporkan FMT.

Semalam Muhyiddin Yassin dilihat bakal mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baharu berikutan sokongan kepada presiden Bersatu itu daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berkata, matlamat Perikatan Nasional ikhlas dan meminta semua rakyat berdoa dan memberi sokongan kepada usaha gabungan politik baharu itu.

“Saya menyeru semua orang supaya berdoa dan semoga kami akan menerima berkat daripada Allah,” katanya

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo