(Berita Harian) – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Melaka memutuskan untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baharu bersama Barisan Nasional (BN).
Ia sekali gus bakal menyaksikan Pakatan Harapan (PH) kehilangan satu lagi negeri selepas Johor susulan kemelut politik yang melanda negara.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, berkata dua wakil rakyat BERSATU negeri itu termasuk dirinya, memutuskan untuk membentuk gabungan bersama wakil rakyat BN.
Beliau turut mendakwa ADUN Rembia daripada PKR, Datuk Muhammad Jailani Khamis turut menyatakan hasrat menyertai BERSATU sekali gus menjadikan gabungan BERSATU dan BN memiliki 16 kerusi, membolehkan memperoleh cukup majoriti membentuk kerajaan negeri.
Ketika ini, situasi kerajaan Melaka dikatakan tergantung selepas BERSATU mengumumkan keluar Pakatan Harapan (PH) komposisi kerusi DUN antara PH dan BN Melaka terikat 13-13.
Dua ADUN BERSATU adalah Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Mohd Rafiq.
“Kita akan mengikut apa yang berlaku di Pusat. Untuk Melaka, BERSATU ada dua kerusi dan ADUN Rembia juga nyatakan hasrat kepada saya untuk sertai BERSATU.
“Jadi jika termasuk ADUN Rembia, BERSATU ada tiga kerusi dan akan kerjasama dengan 13 ADUN BN untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional di Melaka.
“Kalau nak dapat majoriti mudah di Melaka perlukan 15 kerusi. Sekarang kita ada 16 kerusi manakala PH ada 12 kerusi. Insya-Allah cukup kerusi untuk tubuh kerajaan Melaka,” katanya pada media ditemui di hadapan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini, hari ini.
Turut mencetuskan persoalan apabila mesyuarat mingguan dipengerusikan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, Rabu lalu, berlangsung tanpa kelibat dua Exco, iaitu Mohd Rafiq selaku Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Pelaburan negeri dan Muhammad Jailani selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri.
Mengulas lanjut, Mohd Rafiq berkata, pimpinan BERSATU dan BN Melaka dijangka menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob sama ada esok atau lusa.
“Kita akan adakan perbincangan antara saya selaku pimpinan BERSATU dan pimpinan BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Pembangkang negeri, Datuk Seri Idris Haron untuk tentukan hala tuju membina Kerajaan Melaka yang berwibawa dan lebih baik,” katanya.
Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) mendakwa presidennya, P Ramasamy dihalang untuk keluar negara. Setiausaha Interim Urimai, S...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment