NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Manfaatkan 2 Inisiatif Ini Untuk Lebihan Tunai Ketika Krisis Covid-19

Berlaku perdebatan bahawa terdapat beberapa tindakan atau inisiatif kerajaan yang diberikan sempena krisis Covid-19 adalah tidak wajar dan merugikan untuk jangka masa panjang.

Apakah inisiatif-inisiatif yang diberikan khas ketika krisis Covid-19 ni?

1. Moratorium 6 Bulan Secara Automatik

Yang terbaru adalah daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Bagi memastikan kitaran wang terus mengalir dalam ekonomi negara dikala krisis Covid-19, BNM telah mengarahkan institusi bank dan kewangan untuk beri moratorium secara automatik selama 6 bulan kepada individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Moratorium ini melibatkan semua jenis pinjaman termasuk ASBF kecuali kad kredit.



Walaupun begitu, kita tetap menantikan pengumuman rasmi daripada BNM untuk dapatkan maklumat dengan lebih terperinci.

2. Pengeluaran i-Lestari bagi pencarum KWSP


Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.

Cara paling mudah untuk buat pengeluaran adalah secara online iaitu melalui e-Pengeluaran melalui i-Akaun atau e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my.

Sebenarnya, tidak timbul isu pengeluaran daripada Akaun 2 KWSP akan menjejaskan dana persaraan pencarum. Sebelum ini lagi memang sudah dibenarkan buat pengeluaran untuk pembiayaan perumahan dan pendidikan.

Selain itu, dana persaraan yang sebenar adalah dalam Akaun 1 dimana 70% daripada caruman pekerja dan majikan ditetapkan. Selebihnya adalah ke dalam Akaun 2.

Persoalannya, adakah semua layak untuk keluarkan RM500 setiap bulan daripada Akaun 2 mereka?

Tidak semua bergaji besar yang akaun 2 mereka mampu untuk keluarkan RM500 setiap bulan selama setahun. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru bekerja dan bergaji rendah. Sudah semestinya tidak cukup lagi akaun 2 mereka.

Jadi, perlu ada penambahbaikan untuk selesaikan masalah mereka yang bergaji kecil. Ya, BSH sebanyak RM200 telah disalurkan. Tetapi ia mungkin tidak mencukupi.

Oleh itu, kita sebagai rakyat kenalah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan dalam menangani kemelut krisis ini. Untuk memberikan pandangan anda, pihak DOSM ada buat soal selidik dan ada boleh nyatakan apa yang tersirat dihati. (Klik Sini)

Dalam keadaan genting sebegini, cuba kita ketepikan hal politik dan fikirkan solusi bersama. Paling tidak sehingga krisis Covid-19 ini berakhir. Dah kalau segala inisiatif hendak dipolitikkan, nampak sangat kemaruknya tu.

Sumber: https://theoutlook.asia/manfaatkan-2-inisiatif-ini-untuk-lebihan-tunai-ketika-krisis-covid-19/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo