NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Islamikkah Khalid Samad bila kata Presiden PAS “dah tak berapa center”?



Saya tidak tahu apa masalahnya dengan Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, sehingga sejak beliau hilang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan ini terlalu gemar sangat mengeji pihak lawan yang seagama dan sebangsa dengan beliau.

Jika dalam bual bicara Jom Channel Online pada 5 Februari lalu Khalid Samad menyebut PAS “dah jauh sangat terpesong” dan semua dalam PAS adalah “penunggang agama”, malam tadi, 10 Mac 2020, Presiden PAS pula menjadi sasaran beliau.


Inilah kata-kata Khalid Samad kepada Presiden PAS malam tadi: “Inilah yang saya rasa kadang kala Presiden PAS ni dia pun dah tak berapa center dah, mintak maaflah, cakap dia pun dah tak berapa, kita nengok pun kita tak tahulah nak cakap apa”.

Saya sendiri pernah, pada 17 Mei 2017 dulu, dikecam sebagai “bodoh tahap maksima” oleh Khalid Samad yang marah bila saya membuat laporan polis meminta buku pemimpin DAP, Hannah Yeoh, yang mengandungi unsur-unsur Kristianisasi disiasat.

Begitupun, “bodoh tahap maksima” ini tidaklah seteruk “dah tak berapa center” kerana dalam kefahaman biasanya “dah tak berapa center” membawa makna “tak berapa waras fikiran” atau lebih mudah lagi “sudah biul, gila atau kurang siuman”.

Islamik sangatkah Khalid Samad dan AMANAH dengan kelaku begini?

Kata-kata Khalid Samad ini boleh ditonton sendiri di sini:
https://www.facebook.com/jomchannelonline/videos/574744219782530/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo