NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menzalimi Wanita: G25 Kutuk Badan Agama


Dalam dokumen bertajuk ‘Administration of Matters Pertaining to Islam’, satu kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai G25 mengutuk pihak berkuasa agama seperti JAKIM, Majlis dan Jabatan Agama Negeri-negeri sebagai kumpulan yang menyokong layanan yang tidak adil terhadap wanita.

Kumpulan G25 yang memperkenalkan diri dalam laman web rasmi sebagai ‘satu kumpulan orang-orang Melayu berpengaruh’ (a group of influential Malays) itu menganggap pihak berkuasa agama membuat tafsiran Al-Quran dan Hadis secara salah kerana terlalu terikat dengan kecenderungan bias kepada lelaki.

Kumpulan itu juga mendakwa bahawa pihak berkuasa agama terpengaruh dengan amalan Islam yang mengalami proses Arabisasi. Kumpulan itu meletakkan rujukan hak asasi manusia sebagai kayu ukur penting dalam menghukum pihak berkuasa agama sebagai terlibat dalam diskriminasi, penindasan, ketidakadilan dan ketidaksaksamaan. Mereka menganggap kegagalan Malaysia memenuhi sepenuhnya kehendak konvensyen antarabangsa berkaitan hak wanita iaitu Convention on the Elimination of all Forms of Discrimination Against women (CEDAW) sebagai bukti kezaliman kepada wanita.

Selain itu, selari dengan perjuangan Sisters in Islam yang telah difatwakan sesat, G25 turut membuat tuduhan kononnya Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan), Akta 303 sebagai mendiskriminasi wanita. Walau bagaimana pun, kritikan yang diberikan itu tidak mempunyai hujah yang kukuh dan sekadar untuk menimbukan persepsi negatif terhadap pentadbiran undang-undang Islam.

Dokumen bertajuk ‘Administration of Matters Pertaining to Islam’ kelihatan cantik dan gah dari sudut zahirnya, tetapi mengandungi seribu satu tuduhan yang tidak berasas kepada badan-badan Islam. Kumpulan yang berkiblatkan agama baru hak asasi manusia dan liberalisme Barat seperti G25 sebenarnya bukan sahaja mengutuk badan-badan Islam, bahkan juga menyindir institusi Istana di Malaysia selaku teraju utama pihak berkuasa agama Islam.

Kritikan terhadap pelaksanaan undang-undang Islam sebenarnya bukan sekadar ditujukan kepada isi kandungan akta atau enakmen yang dikanunkan, tetapi kepada prinsip syariah yang dikuatkuasakan melalui sistem perundangan yang ada. Ia adalah satu bentuk penghinaan terhadap hukum-hukum Islam.

Sepatutnya mereka yang mempunyai pengalaman dan pengaruh dalam masyarakat (seperti yang didakwa) menumpukan sisa usia yang dikurniakan oleh Allah untuk mendekatkan manusia kepada agama. Rezeki yang Allah kurniakan dari sudut kepandaian, harta dan keluarga sepatutnya disyukuri dengan cara membela Islam, bukannya menimbulkan tanggapan yang salah tentang Islam.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo