NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Melaka : Kerajaan negeri PH terbubar - Ummah


Melihat keadaan politik semasa, UMMAH Melaka ingin menarik perhatian rakyat Melaka, bahawa kerajaan Melaka yang ada sekarang ini telah terbubar secara automatik berikutan kenyataan daripada Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan secara rasminya PPBM telah keluar dari Pakatan Harapan.
Oleh itu UMMAH Melaka menyeru tindakan segera perlu diambil oleh mana-mana parti politik bagi menyelesaikan masalah ini berjumpa dengan Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri Melaka untuk membubarkan kerajaan yang ada dan segera membentuk kerajaan yang baru. Juga sekiranya tindakan segera tidak diambil UMMAH Melaka sangat bimbang berkenaan krisis politik yang melanda akan memberi kesan yang sangat teruk terhadap krisis air yg sedang melanda rakyat Melaka sekarang. Setiap minit berlalu jika tidak diambil tindakan akan menyebabkan krisis ini semakin parah.

UMMAH Melaka mengutamakan kesejahteraan rakyat Melaka.

CIKGU HISHAMMUDIN BIN ABU BAKAR

PENGERUSI

GERAKAN PEMBELA UMMAH MELAKA

Sumber: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=660050021429660&id=417526109015387

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo