NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kronologi Mudah Memahami Krisis Politik Ciptaan Pakatan Harapan Sendiri


oleh: Dr Asyraf Wajdi

1. PKR, DAP dan PAN Desak Tun M serah ‘takhta’ PM kepada Anwar berterusan dan kemuncaknya dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH, 21 Februari 2020.

2. PPBM ugut keluar PH jika desakan diteruskan. Dimuktamad dalam Mesyuarat PPBM, 23 Februari 2020.

3. 11 Ahli Parlimen isytihar keluar PKR pada 24 Februari 2020.

4. PPBM isytihar keluar PH pada 24 Februari 2020.

5. Tun M isytihar letak jawatan PM dan Pengerusi PPBM; secara rasmi Kerajaan PH terbubar pada 24 Februari 2020.

6. Bursa Malaysia rugi RM43 bilion angkara krisis politik ini.

7. Blok Pembangkang dijemput tubuh Kerajaan Perpaduan atas nama nak pertahan Islam, Melayu-Bumiputera dan juga menyelamatkan ekonomi negara.

8. Atas dasar tanggungjawab moral, UMNO dan PAS setuju bersyarat iaitu Kerajaan Perpaduan tanpa DAP.

9. Menyedari di ambang hilangnya kuasa, PKR, DAP dan PAN buat U-TURN, sokong Tun M kembali menerajui PM sehingga tamat penggal.

10. Tun M panggil Presiden UMNO dan PAS untuk bentuk Kerajaan Perpaduan melibatkan semua parti termasuk DAP, dan diberikan kuasa penuh kepada Tun M membentuk Kabinet atas nama individu tidak mewakili parti (menjadikan Tun M berkuasa mutlak).

11. UMNO dan PAS menolak kerana daripada awal bersetuju untuk bersama dalam Kerajaan Perpaduan jika tidak melibatkan DAP.

12. UMNO, PAS, MCA, MIC dan PBRS membuat kenyataan media mengesyorkan supaya jalan terbaik terhadap krisis politik angkara perbalahan dasyat dikalangan parti-parti PH berebut ‘takhta’ PM tanpa berkesudahan hanya dengan cara menyerahkan kembali mandat kepada rakyat iaitu melalui Pilihanraya Umum.

Sumber: https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/posts/3259408460755845

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo