Jiwa Konservatif Dalam PPBM



Tanah ini sejarahnya adalah Tanah Melayu, dan penerimaan terhadap bangsa-bangsa lain menduduki Tanah Melayu ini adalah tanda bangsa Melayu berbesar hati menerima bangsa lain untuk berkongsi nikmat, kemewahan, kemakmuran dalam negara ini - dengan syarat yang dipersetujui bersama - kontrak sosial.


Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Saya setuju dengan YB Mat Sabu. Jangan hijack kerajaan. Tunggu lah pilihanraya PRU15. Jika hijack jadi amalan, selepas ini susah mana-mana coalition pun akan aman damai. Akan ada saja usaha nak hijack.

2) Apabila cakap isu hijack kerajaan, sebenarnya, kerajaan PH lah menjadi puncanya - kerana banyak keputusan-keputusan kerajaan dilihat meng-hijack kerangka asas pembinaan Malaysia terutama bab kontrak sosial.

3) Kaum majoriti dan tunggak utama rakyat Malaysia adalah orang Melayu. Suka atau tidak, Melayu adalah kaum penduduk asal Tanah Melayu sejak sebelum Merdeka, bahkan kajian sains, arkeologi dan sejarah juga membuktikan bangsa Melayu sudah bertapan puluhan ribu tahun di sini.

4) Jadi tanah ini sejarahnya adalah Tanah Melayu, dan penerimaan terhadap bangsa-bangsa lain menduduki Tanah Melayu ini adalah tanda bangsa Melayu berbesar hati menerima bangsa lain untuk berkongsi nikmat, kemewahan, kemakmuran dalam negara ini - dengan syarat yang dipersetujui bersama - kontrak sosial.

5) Namun disebabkan ketamakan bangsa-bangsa lain yang datang kemudian untuk berkuasa dan mengaut-milik hak-hak orang Melayu secara halus dan kasar, ia mengakibatkan tercetusnya tindak-balas, walaupun secara perlahan. Bahkan ketamakan ini juga mendapat sokongan daripada sebilangan orang Melayu juga yang rakus untuk berkuasa.

6) Kerangka mempertahankan budaya Melayu, hak-hak istrimewa orang Melayu, Melayu sebagai tuan rumah, Raja-raja Melayu, kuasa politik orang Melayu dan agama Islam sebagai agama orang-orang Melayu dirangkumkan sebagai konservatisme alam Melayu.

7) Konservatisme orang Melayu adalah mempertahankan semua itu. Konservatisme ini sebenarnya telah sebati dalam DNA orang Melayu. Apabila konservatisme digugat secara berlebihan, jiwa-jiwa konservatif akan bangkit, walaupun satu-satu masa mereka menyokong agenda liberalisme atau chauvinisme.

8 ) Buktinya kita dapat lihat orang-orang Melayu yang telah lama menyertai DAP, akhirnya keluar DAP dan menentang DAP. Kenapa? Kerana mereka telah melihat asakan-asakan terhadap konservatisme telah berlaku., sehinggalah ke tahap DNA konservatif mereka tercabar, lalu mereka keluar DAP.

9) Hari ini kita lihat bagaimana gegaran DNA konservatif dalam jiwa orang-orang Melayu dalam PH sedang tercabar, apabila beberapa isu besar yang dilihat membaham hak-hak orang Melayu secara rakus. Isu paling latest yang membuatkan DNA Melayu konservatif panas adalah isu penjualan hotel TH dan pembebasan 12 orang LTTE oleh Peguam Negara.

10) Jiwa-jiwa yang bersalut liberal dan chauvinisme tidak akan nampak sebagaimana golongan konservatif nampak. Jiwa konservatif sangat rapat dengan jiwa mempertahankan hak dan asal-usul. Manakala liberal dan chauvnisme pula berjiwa menjarah, merungkai, mempengaruhi dan menguasai.

11) PPBM adalah satu-satunya parti konservatif yang ada dalam PH. Walaupun berpakat, konservatif tidak akan selamanya seiring dengan liberal dan chauvinisme dalam PH. Pakatan Rakyat dahulu telah membuktikan, pertembungan antara konservatif (PAS) dengan liberal/chauvinisme (PKR dan DAP).

12) Bahkan dari sudut dalaman parti juga, PKR sendiri teridri daripada golongan konservatif dan liberal yang bercampur kerana mempertahankan seorang pemimpin. Apabila terserlah liberalisme dalam PKR, konservatisme akan mula memberi reaksi. Konservatif tidak sama dengan liberal dari sudut prinsip. Prinsip liberal boleh berpura-pura dan bersembunyi. Jiwa konservatif sukar hidup berpura-pura, apabila tercabar, akan mula memberi reaksi.

13) Konservatif sesama konservatif juga boleh berperang dan berbalah. Tetapi pertempuran sesama konservatif tidak meruntuhkan kerangka asal pembinaan negara. Apabila konservatif yang berbalah melihat ancaman liberal menunjuk belang, menghijack kerangka-kerangka asas kontrak sosial dan konservatisme, jiwa-jiwa konservatif akan bersatu akhirnya.

Sekian
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post