NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu G25: Ke Mana Perginya Suara 29 Cendekiawan Islam?


oleh: Dr Kamarul

Bertalu-talu nampaknya serangan yang dibuat ke atas G25 ekoran tuntutannya pada 31 Januari 2020 agar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, memohon maaf atau berdepan dengan tindakan undang-undang kerana menyebut “Sebenarnya G25 dan segala gerombolannya lebih berbahaya daripada kumpulan Al-Maunah kerana ancamannya terhadap akal apabila akalnya tidak berpandukan syariat Kitab Allah dan membahayakan akidah umat Islam yang terbawa akibatnya sehingga selepas meninggal dunia.”

Antara pemimpin PAS yang melancarkan serangan ini adalah Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Ahli Majlis Syura PAS, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri, yang menyebut dalam kenyataan beliau bertajuk “Ugutan Saman G25: Mengapa Hanya Presiden PAS Disasar, Tidak Mufti-Mufti?”:

“Mana yang lebih teruk antara kritikan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menyebut G25 lebih berbahaya daripada kumpulan Al-Maunah kerana membahayakan akidah umat Islam dengan:
(i) Kritikan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato' Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, bahawa kebebasan yang diperjuangkan oleh G25 adalah kebebasan kebinatangan, bukan kebebasan kemanusiaan?
(ii) Kritikan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa pandangan G25 adalah sesat dan menyesatkan serta bercanggah dengan pendapat Jumhur Ulama’ dan Perlembagaan Persekutuan?
(iii) Kritikan Mufti Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, bahawa kenyataan G25 boleh jatuh syirik kerana G25 telah menafikan perkara-perkara yang jelas dinyatakan di dalam al-Quran dan hadis?
Mengapa G25 langsung tidak berani menyanggah kritikan Mufti-Mufti ini kepadanya, dan apakah ini bermakna kritikan Mufti-Mufti ini adalah benar?
Apakah G25 mempunyai agenda politik bila memilih Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai sasaran untuk diambil tindakan undang-undang?
Saya menyeru seluruh umat Islam bangkit bersama-sama Mufti-Mufti dan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam memelihara kesucian Islam dari serangan G25.”

Kenyataan penuh Dato' Dr Mohd Khairuddin boleh dibaca di sini:
https://www.facebook.com/569086473101387/posts/3074365892573420/

Turut mempertahankan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan menyerang G25 adalah Ahli Parlimen Pasir Puteh merangkap Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, yang menyebut dalam kenyataan beliau bertajuk “G25 Jahil Agama Dan Merosakkan Ummah”:

“Pihak jawatankuasa fatwa negeri-negeri disarankan mengeluarkan satu ketetapan untuk umat Islam menjauhi pemikiran kumpulan G25 ini. Malah jika layak dihukumkan sebagai kumpulan yang sesat berdasarkan rekod, bukti serta hujah yang sedia ada, maka sewajarnya diwartakan khas sebagaimana kumpulan-kumpulan ajaran lain yang telah diwartakan sebagai ajaran sesat seperti Millah Abraham, Hizbut Tahrir, al-Arqam dan sebagainya.
Penegasan di peringkat hukum dan fatwa ke atas mereka adalah penting bagi membendung kerosakan kefahaman yang mereka bawa. Kata Imam Ahmad ibn Hanbal di dalam Bayna Mehnah al-Din wa Mehnah al-Dunya:
Ų„Ų°Ų§ Ų³ŁƒŲŖ Ų§Ł„Ų¹Ų§Ł„Ł… ŲŖŁ‚ŁŠŲ©، ŁˆŲ§Ł„Ų¬Ų§Ł‡Ł„ ŁŠŲ¬Ł‡Ł„، ŁŁ…ŲŖŁ‰ ŁŠŲøŁ‡Ų± Ų§Ł„Ų­Ł‚
“Kalau diam orang alim kerana taqiyah, dan orang jahil terus jahil, maka bilakah kebenaran itu akan tertegak?"”

Kenyataan penuh Dr Nik Muhammad Zawawi boleh dibaca di sini:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2713484788769311&id=134350940016055

Ini diikuti oleh serangan Pengerusi Lujnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia PAS Pusat (LUHAM), Wan Rohimi Wan Daud, yang menyebut dalam kenyataan beliau bertajuk “Tuntutan Kumpulan G25 Terhadap Presiden PAS Adalah Karut”:

“Hakikatnya, berdasarkan kenyataan-kenyataan karut tentang hukum syariah seperti hak untuk murtad, yang telah pun disanggah oleh Mufti Perak dan Pahang pada 14.1.2020, G25 adalah pihak yang sebenarnya pihak yang terjebak dalam kesalahan seperti yang didefinasikan di bawah S. 505 Kanun Keseksaan tersebut.
Di samping itu, LUHAM mendesak pihak berkuasa berkaitan serta pihak berkuasa agama untuk memulakan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Kumpulan G25 yang semakin tegar mempromosi nilai dan dogma liberal yang ternyata menyesatkan.”

Kenyataan penuh Wan Rohimi boleh dibaca di sini:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10221701204060686&id=1272652148

Turut menyerang G25 adalah Felo Penyelidik Undang-undang dan Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof, yang menyebut dalam kenyataan beliau bertajuk “Menzalimi Wanita: G25 Kutuk Badan Agama”:

“Dokumen bertajuk ‘Administration of Matters Pertaining to Islam’ kelihatan cantik dan gah dari sudut zahirnya, tetapi mengandungi seribu satu tuduhan yang tidak berasas kepada badan-badan Islam. Kumpulan yang berkiblatkan agama baru hak asasi manusia dan liberalisme Barat seperti G25 sebenarnya bukan sahaja mengutuk badan-badan Islam, bahkan juga menyindir institusi Istana di Malaysia selaku teraju utama pihak berkuasa agama Islam.
Kritikan terhadap pelaksanaan undang-undang Islam sebenarnya bukan sekadar ditujukan kepada isi kandungan akta atau enakmen yang dikanunkan, tetapi kepada prinsip syariah yang dikuatkuasakan melalui sistem perundangan yang ada. Ia adalah satu bentuk penghinaan terhadap hukum-hukum Islam.
Sepatutnya mereka yang mempunyai pengalaman dan pengaruh dalam masyarakat (seperti yang didakwa) menumpukan sisa usia yang dikurniakan oleh Allah untuk mendekatkan manusia kepada agama. Rezeki yang Allah kurniakan dari sudut kepandaian, harta dan keluarga sepatutnya disyukuri dengan cara membela Islam, bukannya menimbulkan tanggapan yang salah tentang Islam.”

Kenyataan penuh Dr Muhammad Fathi boleh dibaca di sini:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10215525754913869&id=1139212551

Tokoh mana lagi agaknya yang akan menyerang G25 selepas ini?

Jika dilihat kepada rekod lalu, bila G25 mula-mula menyiarkan “Surat Terbuka Kepada Rakyat Malaysia” pada 7 Disember 2014, 31 cendekiawan Islam (G31) telah mengeluarkan satu surat terbuka lain bagi menyerang G25.

Ahli-ahli G31 ini adalah Datuk Ahmad Awang, yang kini adalah Penasihat Umum AMANAH, Datuk Abdul Ghani Samsudin, yang kini adalah Timbalan Penasihat Umum AMANAH, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, Datuk Dr Wan Salim Mohd Nor, Datuk Wan Mohamad Datuk Syeikh Aziz, Datuk Syeikh Mohd Nor Mansur Al-Hafiz, Datuk Dr Awang Sariyan, Prof Datuk Dr Ir Wan Ramli Wan Daud, Prof Dr Tengku Mohd Tengku Sembok, Prof Ismail Mohd, Prof Emeritus Dr Shaharir Mohammad Zain, Datuk Sulaiman Abdullah, Datin Dr Mehrun Siraj, Prof Dr Wan Mokhtar Wan Yusof, Prof Dr Khairuddin Omar, Prof Dr Mohamed Aslam Mohamed Haneef, Prof Dr Mohd Sahaid Khalil, Prof Dr Che Husna Azhari, Prof Dr Mohd Nazari Ismail, Prof Madya Dr Ahmad Shahbari @ Sobri Salamon, Prof Madya Dr Aidil Abd Hamid, Prof Madya Dr Zaini Hamzah, Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail, Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir, Dr Mohd Roslan Mohd Nor, Dr Halim Muhammady, Dinsman (Datuk Shamsuddin Osman), Datin Aminah Zakaria, Ir Asari Daud dan Ir Kassim Muhammad.

Daripada 31 cendekiawan Islam ini, dua daripada mereka telah bersuara, iaitu Tan Sri Dr Harussani Zakaria dan Datuk Dr Wan Salim Mohd Nor.

Ke mana perginya suara 29 cendekiawan Islam lain, khususnya Datuk Ahmad Awang dan Datuk Abdul Ghani Samsudin yang kini di koridor kuasa?

Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/2997453326965372

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo