NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penularan Isu Kenderaan Rasmi Menteri Besar Kelantan



1. Berikutan penularan tuduhan yang mengaitkan Kerajaan Negeri menggunakan Peruntukan Khas kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM 400 Juta untuk pembelian Kenderaan Rasmi Pimpinan Kerajaan Negeri adalah suatu kenyataan fitnah dan berniat jahat.

2. Untuk rekod, mengulas mengenai keputusan Kerajaan Negeri bagi menggantikan Kenderaan Rasmi pimpinan Kerajaan Negeri telah dibuat menerusi kenyataan YB. Dato’ Timbalan Menteri Besar pada 12 September 2018 lagi.

https://www.google.com.my/amp/s/www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/472744/kelantan-akui-beli-kereta-mercedes-benz/amp

3. Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk menggantikan Kenderaan Rasmi bagi kegunaan Menteri Besar dan Exco Negeri secara berperingkat setelah membuat penelitian mengenai kenderaan lama yang telah digunakan sejak 10 hingga 12 tahun yang lalu.

4. Kenderaan Rasmi Menteri Besar dengan NO. Pendaftaran DV 1 adalah kenderaan yang digunakan sejak pentadbiran Menteri Besar Dato’ Bentara Setia Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan kurniaan KDYMM Tuanku Al Sultan Kelantan.

5. Dan Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan yang digunakan sejak lebih 10 tahun itu dengan mengekalkan nombor pendaftaran asal iaitu DV 1 di Kenderaan Rasmi Baharu Menteri Besar Kelantan yang mana telah mendapat ampuni perkenan KDYMM Tuanku Al Sultan Kelantan.

Pejabat Menteri Besar Kelantan
19 J/ Awwal 1441H / 15 Januari 2020

https://www.facebook.com/144912392365553/posts/1208383672685081?sfns=mo

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo