NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Himpunan PKM: DAP ada hubungan dengan komunisme?




BANGI, 5 Rabiulakhir 1441H, Isnin – Kehadiran Ahli Dewan Undangan (ADUN) DAP, Ronnie Liu dalam perjumpaan dan perhimpunan membabitkan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM), semalam menimbulkan persoalan sama ada parti dominan dalam kerajaan mempunyai hubungan dengan ideologi komunisme.

Setiausaha Agung Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS), Ustaz Dr Ahmad Sanusi Azmi menegaskan, pada hakikat pemikiran komunisme akan merosakkan asas beragama dalam masyarakat kerana pemikiran mereka menolak perkara yang umat Islam pegang.

Bahkan, kata beliau, komunisme memandang buruk kepada agama malah melihat agama sebagai candu kepada manusia.

"Dalam perkara ini al-Qardawi menegaskan, bahawa kerosakan fahaman ini mestilah dibendung. Ia merosakkan kefahaman kita mengenai Islam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada perjumpaan dan perhimpunan yang dipercayai membabitkan bekas ahli PKM di Kajang, pagi semalam.

Perjumpaan itu difahamkan sebagai memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

Antara yang turut hadir adalah Ronnie dan veteran PKR, Syed Hussin Syed Ali. Difahamkan, perjumpaan itu bukan sahaja untuk mengingati sejarah komunis tetapi juga untuk membetulkan salah faham terhadap perjuangan mereka.

Sehubungan itu, Ustaz Ahmad Sanusi hairan, bagaimana perhimpunan gerakan yang pernah melakukan tindakan keganasan seperti ini boleh diterima.

"Adakah sekiranya kumpulan seperti LTTE, ISIS dan al-Maunah mengadakan perhimpunan seperti ini boleh dibenarkan juga? Siapa pula yang dijemput bagi menghadiri perhimpunan memperingati kedamaian ini?

"Adakah hanya bekas komunis sahaja yang dijemput? Mengapa tidak dibuka kepada yang lain bagi memperingati perjanjian kedamaian ini? Mengapa kebanyakan yang hadir bekas ahli komunis?," soal beliau.

Lantaran itu, beliau berharap pihak berkuasa menyiasat dan berwaspada dengan aktiviti seperti ini.

"Adakah perhimpunan ini cuba mengembalikan semula perjuangan ideologi komunis? Mengapa mereka mendapat sokongan? Dan siapa yang mendukung mereka?" soalnya.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/12/02/himpunan-pkm-dap-ada-hubungan-dengan-komunisme/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo