NOTIS:
Melayu himpun kata rasis, Cina boleh pula kata hak: Ridhuan Tee
BANGI, 7 Safar 1441H, Ahad – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menempelak sikap ultra kiasu apabila mengkritik 'individu-individu' yang menghadiri Kongres Maruah Melayu sebagai rasis.
Beliau hairan apabila Cina ultra kiasu berkumpul dalam perhimpunan Cina, mereka mengatakan perkara berkenaan sebagai hak mereka.
"Ini yang dikatakan bodoh yang tak boleh diajar. Biar orang Melayu nak hadir perhimpunan sesama mereka dan berbincang tentang hak-hak mereka yang semakin terhakis.
"Apa pasal kamu ultra kiasu sakit punggung? Peliknya, ultra kiasu boleh pula berhimpun dan berbincang sebebas-bebasnya, sehingga kadang kala menyentuh perkara sensitif. Boleh pula?" soalnya.
Terdahulu, wakil DAP, Charles Santiago menyifatkan bukan masa terbaik untuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir merasmikan Kongres Maruah Melayu.
Charles Santiago yang juga Ahli Parlimen Klang, mengingatkan Dr Mahathir bahawa beliau adalah perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia.
Selain itu, Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker dilaporkan berkata, kehadiran Dr Mahathir di Kongres itu memburukkan hubungan antara kaum di negara ini.
Ti turut mempersoalkan sama ada Pakatan Harapan (PH) ingin memainkan isu perkauman di saat PAS dan UMNO "bercakap mengenai mempertahankan semangat dan matlamat Perlembagaan Persekutuan".
"Ironi apabila PAS dan Umno kini bercakap tentang Muafakat Nasional tanpa menjejaskan kedudukan dan hak etnik dan agama lain tetapi kerajaan PH dan pemimpin Bersatu mempromosikan melayu fobia yang diselindungkan sebagai 'martabat Melayu' di universiti awam," katanya.
Mengulas lanjut, Dr Ridhuan juga membidas bahawa pemimpin ultra kiasu juga sebelum ini pernah menghadiri perhimpunan parti Cina seperti MCA, Gerakan, DAP dan badan bukan kerajaan (NGO) Cina seperti Hua Zong, Dong Zong, Jiao Zong.
"Cuba perhatikan berapa kali menteri dan timbalan menteri ultra kiasu berucap dalam perhimpunan NGO Cina Dong Jiao Zong, menggunakan bahasa Cina, kain rentang dalam bahasa Cina. Pendek kata, semuanya Cina. Ini tidak rasis ke komunis?" soalnya.
Dr Ridhuan berkata, himpunan yang dianjurkan itu adalah berasaskan sistem kenegaraan Melayu dan tidak salah di sisi undang-undang.
"China komunis, berhimpun dalam kalangan mereka, Perdana Menteri India berhimpun bersama orang India, tidak pula kamu kata rasis.
"Sudahlah ultra kiasu, jika beginilah perangai kamu, pergilah ke negara China dan bincanglah hak-hak kamu disana. Nak tengok sejauh mana kamu boleh bincang.
"Jika beginilah perangainya, jika ada calon ultra kiasu yang bertanding di kawasan majoriti Melayu, maka ia wajar ditolak. Saya juga harap PM tidak akan tunduk dengan tekanan ultra kiasu," katanya.
Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/10/06/melayu-himpun-kata-rasis-cina-boleh-pula-kata-hak-ridhuan-tee/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment