NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Malaysia: Dominasi mesti Melayu Islam


KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia harus mewakili masyarakat majmuk, namun ia haruslah dikepalai oleh orang Melayu Islam sebagai majoriti.

Demikian kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang apabila ditanya berhubung penolakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pelawaan Umno untuk menubuhkan kerajaan baharu bersama BN dan PAS.

"Sebagai kerajaan Malaysia mesti mewakili masyarakat majmuk, itu peringkatnya. Namun majoriti dominasi mesti orang Melayu Islam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak pelawaan Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Mohamad Hasan untuk menubuhkan kerajaan baharu dengan kerjasama BN dan PAS serta rakan dari Sabah dan Sarawak.

Ia berikutan negara Malaysia sejak tahun 1957 kepimpinan negara dibarisi oleh pelbagai kaum dan agama.

Sebelum ini, Mohamad mempelawa Tun Mahathir serta partinya, PPBM untuk menubuhkan kerajaan baharu bersama BN dan PAS berikutan merujuk kepada ucapan Tun Mahathir dalam Kongres Maruah Melayu yang meminta supaya orang Melayu yang menjadi bangsa majoriti perlu bersatu.

Namun, secara rasionalnya, kumpulan kecil umat Melayu Islam harus menyertai kelompok yang lebih besar dan hanya kumpulan terbesar orang Melayu Islam berada dalam gagasan penyatuan ummah. – HARAKAHDAILY 9/10/2019

Sumber: https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/13541-kerajaan-malaysia-dominasi-mesti-melayu-islam

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo