NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kembalikan Program Mybrain15 Capai Sasaran Pemegang Phd 2023


oleh: Nik Mohamad Abduh
15 Oktober 2019 bersamaan 15 Safar 1441H

1. Saya menggesa Kerajaan supaya memperkenalkan semula program MyBrain15 sebagai langkah menarik minat lebih ramai pihak untuk menyambung pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti perlaksanaannya sebelum daripada ini.

2. Soalan tambahan saya di Dewan Rakyat hari ini menjelaskan bahawa Kerajaan baharu tidak mempunyai suatu perancangan baharu dan tersendiri dalam mencapai sasaran 60 ribu kelompok pemegang PhD pada 2023, sebaliknya lebih banyak bergantung kepada inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan lama.

3. Respon kementerian nampaknya hanya menjurus kepada menyasarkan pelajar-pelajar PhD sedia ada bagi sasaran yang ditetapkan pada 2023 jika mereka menamatkan pengajian kelak. Ini jelas menunjukkan kerajaan tidak ada rancangan tersendiri ke arah tersebut.

4. Walaupun saya tidak menolak tindakan meningkatkan peruntukan penyelidikan fundamental kepada RM400 juta sebagai suatu langkah yang proaktif, tetapi dalam masa yang sama soal pemberian biasiswa seperti MyBrain15 turut perlu diberi perhatian yang wajar. Kita sedia maklum bahawa kekangan kewangan adalah antara faktor utama sesetengah rakyat tidak mampu menyambung pengajian mereka ke peringkat tertinggi walaupun mereka begitu berminat.

5. Tambahan lagi, meskipun program MyBrainSc yang lebih banyak memfokuskan kepada kursus Sains Tulen perlu diteruskan, namun dalam masa yang sama program biasiswa kepada kursus-kursus yang lain juga tidak wajar dikesampingkan. Pembinaan negara hakikatnya memerlukan lebih daripada hanya kepakaran dalam bidang sains sahaja.

Sekian.

"Islam Memimpin Perpaduan"

*Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz ialah Ahli Parlimen Bachok

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo