NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dari Sudut Apa Kita Hendak Bercakap Tentang PH?



Menghampiri setahun setengah PH berkuasa, bukan sahaja penganalisis malah rakyat biasa sudah boleh membuat perbandingan dan rumusan. Rupa yang dikatakan sebagai Malaysia Baru tidak ditemukan paras indahnya. Agaknya inilah akibat kemenangan tak bermaruah hasil politik fitnah oleh arkitek pembohongan.

Dari sudut politik. PH adalah koliasi kahwin paksa dengan doktrin dan ideologi berbeza. DAP dengan stigma Malaysian Malaysianya yang mengangkat kepentingan bangsa Cina. BERSATU serpihan UMNO hanya menumpang kekuatan DAP dan PKR di Parlimen umpama ular lidi berlagak naga. PKR adalah kepimpinan lalang yang diketuai oleh PM dalam khayalan. PAN hanyalah terompah jamban untuk DAP yang dogmatik.

Dari sudut Pendidikan. PH gagal mengotakan janji untuk memansuhkan PTPTN. Rafizi yang pernah lantang kini seperti tikus melihat besi. Silibus sejarah tentang negara hendak diubah sesuka hati mengikut ideologi sayap kiri. UEC yang bercanggah dengan dasar Pendidikan diberi keistimewaan. Jawi yang sedia terpinggir geger ditentang. Warna kasut dan stoking Menteri Melayu fikirkan. Doa di biara dimasukkan ke dalam dewan persekolahan.

Dari sudut ekonomi, saham dan mata wang jatuh merudum. Hibah Tabung Haji 6.25% di zaman BN 2017, kini tercekik pada mata hanya 1.25%. Dividen dan bonus Lembaga Tabung Angkatan Tentera ( LTAT ) dari 12.5% pada 2017 menyusut ke 2.0% pada 2018. Peniaga kecilan Melayu dihalau dan diambil tindakan. Penjaja Cina dipandang dengan sebelah mata walaupun sudah bertahun mengotori pandangan ibukota.

Dari sudut keharmonian kaum. Hinaan terhadap institusi Islam dan Raja berleluasa. Bukan lagi berselindung, malah makin berani secara terbuka di media massa. Cabar-mencabar menunjuk kekuatan dan kesamsengan gangsterism. Melayu, Cina dan India masing-masing sudah diasuh untuk saling curiga. Sedangkan dahulunya harmoni dalam kepelbagaian bangsa. Hidup rakyat Malaysia macam satu keluarga.

Dari sudut hubungan dengan negara luar. PM Malaysia diperlekeh dan diperhina. Macam tak ada orang muda berkarisma dan berkaliber untuk memimpin negara. Negara tidak lagi diperkatakan sebagai model dunia global. Hilang kekuatan ekonomi untk dibanggakan. Negara ASEAN lain semakin maju. Malaysia yang dicintai semakin lenyap di belakang.

Dari sudut agama. Ada Menteri pelbagai agama – agama lain diberi perhatian, konon kesaksamaan. Apabila Islam diinjak dan dicerca, Menteri pelbagai agama membungkam. Sebaik sahaja bukan Islam menjadi mangsa, wah Menteri pelbagai agama ‘mengrahmatan lil alamin’ melebihi paderi dan sami. Ummah menjadi keliru, di manakah agenda memartabatkan agama dan ummah sendiri? Di mana istikharah kasih terhadap Ilahi?

Dari sudut apa kita hendak bercakap tentang PH? Segala-galanya menyakitkan dan melukakan. Inilah implikasi salah undi di tangan. Fitnah, sekular dan sosialis diyakini benar. Ulama dan Islam dikesampingkan dan diragui kejujurannya. Allah bayar cash – itulah yang ditanggung pada hari ini.

#NekadBersamaIslam
#MuafakatNasional
#MAMPUCentre

BayangDiAir
1/10/2019

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo