NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bajet 2020: Penjawat Awam Dapat Bantuan Khas RM500, Pesara


KUALA LUMPUR – Semua kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah akan menerima Bantuan Khas Kewangan RM500 akhir yang akan dibayar sebelum akhir tahun ini.

Pemberian itu diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam pembentangan Belanjawan 2020 pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

“Kerajaan ingin mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah,” katanya.

Pengumuman itu turut terpakai kepada pesara kerajaan yang akan menerima RM250 dan turut dipanjangkan kepada veteran tidak berpencen.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo